Thursday, July 23, 2009

Rakyat Tolak Pas


WALAUPUN telah berminggu berlalu, tetapi momentum keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai masih lagi menjadi topik yang diperbincangkan oleh parti yang bertanding.UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding dan walaupun tidak dapat menakluk keseluruhan kawasan tersebut tetapi ternyata menang dari segi moral apabila berjaya mengecilkan majoriti parti Pas.Dan lebih istimewa lagi, UMNO menang di lima peti undi berbanding sembilan yang ada.Tanpa mengakui kelemahan di pihak mereka sendiri,Pas yang menang teruk hanya bermajoritikan 65 undi berbanding pilihan raya umum 2008 lalu sebanyak 1,352 undi dengan tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa BN mengamalkan rasuah politik kepada rakyat dan turut mengatakan pengundi muda beralih arah ke BN disebabkan terpengaruh dengan janji-janji BN.
Kenyataan mereka itu seolah-olah memperkecilkan peranan rakyat yang kini semakin matang dalam membuat pilihan siapa pilihan terbaik mewakili mereka. Walaupun kalah, BN dan UMNO tidak pernah menyalahkan rakyat dan sentiasa bermuhasabah.BN,tetap komited dengan janjinya yang akan tetap dikota, bukan seperti Pas yang hanya pandai bermain kata tetapi akan hilang janji-janji apabila mendapat kuasa.Walhal, jelas keputusan PRK itu menunjukkan sokongan rakyat tempatan di Manek Urai memang semakin merosot dan sudah makin muak dengan janji-janji Pas yang tidak pernah ditepati.Juga jelas menunjukkan kredibiliti Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin tercalar dek kata-katanya yang banyak menimbulkan spekulasi dan tidak menggambarkan orang yang kononnya ulama’.
Kemudian, timbul juga kata-kata dangkal daripada Naib Presiden Pas Mahfuz Omar yang mengatakan alasan mereka menang tipis disebabkan hari pengundian dibuat pada hari bekerja.Bukankah hari pengundian (Selasa) kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti umum?Bukankah peratusan keluar mengundi sebagaimana yang dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai yang tertinggi sepanjang PRK selepas PRU 2008 iaitu sebanyak 87%?.Wahai pemimpin-pemimpin Pas,terimalah kenyataan bahawa rakyat kini telah mula menolak parti anda disebabkan ketidaktentuan prinsip yang anda dokongi kini!.Buat kepimpinan Pas di Kelantan, keputusan Manek Urai telah mula menunjukkan bibit-bibit mereka akan ditolak oleh rakyat di kubu kuat mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment