Friday, July 31, 2009

Perlawanan Persahabatan Hoki





Perlawanan Persahabatan Hoki telah diadakan pada 26/07/2009, Hari Ahad diantara Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Perlawanan ini telah diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Kemenangan berpihak kepada PPU Rimba Terjun dengan kemenangan 2-1.

Analisa Keputusan PRU 12 DUN Permatang Pasir


Jumlah Pengundi: 20,350

Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% L: 0.14%

1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)

2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)

Majoriti: 5,433

Jumlah undi: 16,802

Peratus mengundi: 82.57%

Undi rosak: 227

Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)


UMNO Sedia Hadapi Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir


KUALA LUMPUR 31 Julai – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya dari Parti PAS, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Gambar) pagi ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera di kawasan tersebut pada bila-bila masa. Beliau tidak menolak kemungkinan UMNO mampu merampas semula kawasan tersebut dengan syarat mereka perlu bekerja keras. - Utusan

Thursday, July 30, 2009

Sumpah Melayu


Diantara Kandungan Sumpah Melayu :
Mempertahankan kepentingan dan Hak Melayu
Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu
Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran Bangsa Melayu
Mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera.

Tuesday, July 28, 2009

Kami Sokong ISA Dikekalkan


Kami sebagai Rakyat yang prihatin tentang Keselamatan Dalam Negara Menyokong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Namun penambahbaikan harus dilakukan agar ianya terus relevan dan diterima segenap lapisan masyarakat. Pihak Kerajaan tidak harus tunduk dengan desakan pihak-pihak tertentu khususnya Pihak Pembangkang yang ingin Akta ini dihapuskan. Akta ini harus dikekalkan demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk di negara ini.

Surat Y.B Ronnie Liu


Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor khusususnya DAP dinasihatkan agar tidak panik dan menggelabah dengan perkembangan terkini politik di negeri itu sehingga sanggup melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas kepada Barisan Nasional (BN).

Sebelum memerintah dan mendapat kuasa, pelbagai prinsip dinyatakan kononnya sebagai pemimpin bersih dan sebagainya. Itulah sebabnya mereka bermati-matian menutup dakwaan penyelewengan yang sedang disiasat hari ini dengan pelbagai cerita karut.

Sama-samalah kita saksikan apa yang akan dilemparkan kepada kepimpinan khasnya Barisan Nasional selepas ini.

Mereka Juga Rasis – Tun Dr. Mahathir

KAMPALA 27 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis.Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan tidak terkejut dengan tuduhan tersebut ekoran tulisannya dalam blognya Che Det yang bertajuk ‘Kaki Dalam Kasut’ kerana dirinya pernah dicap sebagai ‘pelampau Melayu’ oleh golongan yang sama sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Menurutnya, cuma yang menyedihkan apabila golongan tersebut, yang tidak mahu menerima hakikat orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi, kelihatan cuba membuatkan kaum lain tunduk kepada desakan atau tuntutan-tuntutan mereka.“Kalau sesiapa hendak kata saya rasis, mereka ada hak. Tetapi saya berpendapat mereka juga rasis.Saya sudah lama dicap sebagai rasis, sebelum jadi perdana menteri saya dikenali sebagai pelampau Melayu dan apabila saya menjadi perdana menteri,saya dapati kaum lain tidak bising dengan apa yang saya lakukan.

“Sebenarnya mereka tahu, semasa saya menjadi perdana menteri, mereka juga dapat hak mereka. Saya akan anggap saya tidak memenuhi janji kalau tidak memberi pandangan mengenai orang Melayu yang masih ketinggalan di belakang,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam mempersoalkan banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr. Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.Dr. Mahathir berada di sini untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Beliau yang merupakan pencetus kepada penganjuran dialog tersebut dan bermula dengan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1995, dijemput sebagai salah seorang anggota kumpulan pemikir utama dalam kebanyakan sesi perbincangan. Mengulas lanjut, Dr. Mahathir meminta mana-mana pihak yang berpendapat tulisannya dan apa yang disuarakannya selama ini mengenai kedudukan ekonomi orang Melayu tidak betul supaya tampil menunjukkan bukti. “Kalau ada fakta yang saya masukkan (dalam blog) itu yang tak betul, buktikan yang mana. Semua yang saya tunjuk itu adalah fakta dan kenyataan. Mengenai kita belum capai, mereka mencapai lebih, itu kenyataan. “Mengenai kekayaan yang tidak berpihak kepada kita (orang Melayu), itu juga fakta. Kalau mereka mahu, mereka boleh semak kesemua muka surat tulisan saya itu untuk melihat sama ada apa yang saya sebut itu benar atau sebaliknya,” tegasnya.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir meminta semua pihak termasuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertanya mengapa sekarang ada pemimpin parti komponen bukan daripada UMNO yang meninggalkan BN dan menyertai parti lawan.Menurutnya, UMNO atau BN melakukan tindakan yang salah sekiranya berpendapat bahawa dengan menawarkan lebih banyak kepada bukan Melayu akan dapat memenangi hati dan menghentikan sepenuhnya tuntutan mereka.“Sejak lebih 40 tahun BN memerintah, tidak berlaku pemimpin berhenti dan masuk parti lawan. Banyak pemimpin UMNO yang berhenti tetapi tidak sertai parti lawan. Saya dulu pun berhenti tetapi saya hanya berhenti, tidak masuk parti lawan. Tetapi kita tengok banyak pemimpin komponen lain yang tinggalkan BN.“Kita sudah melayan permintaan mereka secukupnya tetapi mereka masih tunjuk mereka tidak berpuas hati dan hendak bersama dengan parti lawan. Jadi, kita tengoklah apa maknanya semua itu,” jelasnya.

Mengenai kesediaan kerajaan Pas Kelantan untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat, Dr. Mahathir berkata, berdasarkan pengalaman semasa Pas menyertai BN sebelum ini, beliau berpendapat parti itu tidak ikhlas sebaliknya hanya mementingkan agenda sendiri.“Saya khuatir dengan niat mereka (Pas). Kalau kita terima, kerjasama dengan siapa? Kalau kerjasama dengan BN, masuk dalam BNlah. Kalau dengan cuma UMNO, itu sudah jadi parti perkauman. Tak boleh, itu tak sesuai di Malaysia,” katanya.

Thursday, July 23, 2009

Ape Sudah Jadi Sama Nizar Dan Anuar


Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar. Orang melayu pakatan sudah murtad kepada agama kristian. Dan agenda pendakyah kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia. Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini.Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS…

Apa dah jadi dengan pemimpin pembangkang? Memberi penghormatan terakhir di majlis pengkebumian Islam bukanlah satu kesalahan. Apa yang mengundang persoalan ialah mereka kini tidak segan-silu mengikuti ritual keagamaan bukan Islam semata-mata untuk meraih sokongan politik. Andaikata pemimpin UMNO yang berbuat demikian, percayalah.Sudah pasti pemimpin-pemimpin PAS akan berlumba-lumba mengeluarkan fatwa untuk menghukum kafir musuh politik mereka.

Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS… Hayatilah Surah Al-Baqarah ini, Ayat 6-hingga 13

[6]Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Allah telah menjelaskan siapakah orang kafir yang sebenarnya…Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka.. Apatah lagi apabila PAS menghina Ayat Allah apabila membenarkan orang kafir membaca potongan Ayat Al-Quran.Nauzubillah.Kini pemimpin mereka pula ‘menyerupai tindakan orang kafir’.‘tasyabbaha’ membawa lilin yang sudah pasti tidak ada dalam ajaran Islam.Sahlah PAS semakin sesat.Disesatkan oleh DAP kafir! (http://aspirasi-bangsa.blogspot.com)

Rakyat Tolak Pas


WALAUPUN telah berminggu berlalu, tetapi momentum keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai masih lagi menjadi topik yang diperbincangkan oleh parti yang bertanding.UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding dan walaupun tidak dapat menakluk keseluruhan kawasan tersebut tetapi ternyata menang dari segi moral apabila berjaya mengecilkan majoriti parti Pas.Dan lebih istimewa lagi, UMNO menang di lima peti undi berbanding sembilan yang ada.Tanpa mengakui kelemahan di pihak mereka sendiri,Pas yang menang teruk hanya bermajoritikan 65 undi berbanding pilihan raya umum 2008 lalu sebanyak 1,352 undi dengan tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa BN mengamalkan rasuah politik kepada rakyat dan turut mengatakan pengundi muda beralih arah ke BN disebabkan terpengaruh dengan janji-janji BN.
Kenyataan mereka itu seolah-olah memperkecilkan peranan rakyat yang kini semakin matang dalam membuat pilihan siapa pilihan terbaik mewakili mereka. Walaupun kalah, BN dan UMNO tidak pernah menyalahkan rakyat dan sentiasa bermuhasabah.BN,tetap komited dengan janjinya yang akan tetap dikota, bukan seperti Pas yang hanya pandai bermain kata tetapi akan hilang janji-janji apabila mendapat kuasa.Walhal, jelas keputusan PRK itu menunjukkan sokongan rakyat tempatan di Manek Urai memang semakin merosot dan sudah makin muak dengan janji-janji Pas yang tidak pernah ditepati.Juga jelas menunjukkan kredibiliti Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin tercalar dek kata-katanya yang banyak menimbulkan spekulasi dan tidak menggambarkan orang yang kononnya ulama’.
Kemudian, timbul juga kata-kata dangkal daripada Naib Presiden Pas Mahfuz Omar yang mengatakan alasan mereka menang tipis disebabkan hari pengundian dibuat pada hari bekerja.Bukankah hari pengundian (Selasa) kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti umum?Bukankah peratusan keluar mengundi sebagaimana yang dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai yang tertinggi sepanjang PRK selepas PRU 2008 iaitu sebanyak 87%?.Wahai pemimpin-pemimpin Pas,terimalah kenyataan bahawa rakyat kini telah mula menolak parti anda disebabkan ketidaktentuan prinsip yang anda dokongi kini!.Buat kepimpinan Pas di Kelantan, keputusan Manek Urai telah mula menunjukkan bibit-bibit mereka akan ditolak oleh rakyat di kubu kuat mereka sendiri.

Tuesday, July 21, 2009

Anwar Arahkan Ekploistasi Isu kematian Teoh, Tutup Kepincangan Pembangkang


Dalam satu perjumpaan sulit pemimpin Pakatan PKR-DAP-PAS pada jumaat lalu di Ibu Pejabat Pas,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pemimpin Pakatan mengeksploitasi habis-habisan isu kematian Teoh Beng Huat, Pegawai khas EXCO Selangor ini.Menurut pemimpin kanan Pas(dirahsiakan nama)Anwar mencadangkan agar semua penulis-penulis Pakatan memebri pelbagai versi kematian Teoh dengan semuanya meletakkan kesalahan kepada SPRM sebagai sebuah badan yang berat sebelah dan kemungkinan besar terbabit dengan kematian Teoh.
Anwar mahu isu ini digunakan untuk menekan SPRM agar menghentikan siasatan ke atas EXCO-EXCO Selangor dan Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim.Sama ada kematian Teoh dirancang oleh Pakatan atau tidak belum dapat dibuktikan.Namun melihat kronologi kejadian di mana EXCO Selangor sendiri memanggil sidang akhbar memaklumkan serbuan SPRM ke atas pusat khidmat mereka,tuduhan bahawa SPRM bersikap perkauman dengan menyiasat wakil rakyat Cina sahaja dan akhirnya diikuti kematian Teoh menimbulkan seribu tanda tanya.
Pakatan juga dilihat begitu gelabah sehingga menuntut Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat tanpa menunggu keputusan siasatan polis terlebih dahulu.Apakah ada EXCO Selangor yang terbabit dengan kumpulan haram atau kongsi gelap merancang kematian Teoh?

Sumber anwarisme.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

Isu Teoh dipolitik untuk alih perhatian rakyat


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka. Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menyiasat ADUN Pakatan Rakyat berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil rakyat.Katanya, siasatan ke atas ADUN Pakatan berhubung dakwaan salahguna peruntukan tersebut, mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, lapor Bernama.Berucap semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang hari ini, Muhyiddin berkata: "Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota BN perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN," katanya.Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.Sehubungan itu,

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata adalah penting bagi parti komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka.Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya. Muhyiddin berkata selain daripada isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan terutamanya soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan pada 2012.

"Keputusan kerajaan mansuhkan PPSMI ...banyak politik yang sedang berlaku, ramai yang setuju tetapi ada yang tidak setuju. Keputusan kita adalah jelas, kita buat (keputusan) atas kajian yang dijalankan sekian lama," katanya. Dalam kajian itu, katanya, jelas pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu tidak meningkatkan penguasaan pelajar di dalam Bahasa Inggeris, katanya. Oleh itu, Muhyiddin berkata beliau berharap ahli Umno akan menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris yang merupakan keputusan terbaik untuk generasi muda di dalam negara tanpa mengira bangsa.

Friday, July 17, 2009

Golongan Muda Mula Yakini BN


SINTOK: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan prestasi yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Manek Urai Selasa lalu sebagai petanda jelas rakyat terutama golongan muda kembali yakin terhadap pemerintahan parti itu. Katanya, keputusan itu menunjukkan usaha Umno dan BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya menarik perhatian golongan muda yang sebelum ini lebih condong untuk memilih pakatan pembangkang.
"Saya lihat ini sebagai petanda yang jelas bahawa Umno sudah diterima kembali tetapi sebagai bekas pemimpin parti ini saya nasihatkan ahli Umno tidak dibuai rasa selesa dan terlalu yakin bahawa mereka boleh mengekalkan prestasi itu pada pilihan raya ke-13 akan datang."Jangan hari ini kita bina jambatan lepas itu dua tiga tahun nanti dekat pilihanraya baru datang jumpa rakyat.sekarang rakyat sudah tidak begitu memandang pembangunan fizikal walaupun ia perlu tetapi mereka mahu sentuhan berterusan dari pemimpin mereka.
"Saya percaya Umno boleh kembali kukuh jika teruskan usaha ini dan semua ahli perlu beri sokongan kepada presiden parti,"katanya selepas melancarkan Pameran Seribu Warna Tun Abdullah Ahmad Badawi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini,semalam.Pameran itu diadakan sempena penganugerahan Doktor Falsafah (Demokrasi) hari ini selain mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri.Hadir sama,isteri beliau,Tun Jeanne Abdullah.

Kurangkan 95 Peratus Majoriti Kemenangan Pas Satu Kejayaan


Kuala Lumpur –- Pemuda UMNO mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pengundi di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai Kelantan yang menyokong Barisan Nasional (BN) sehinggakan majoriti kemenangan Pas berkurangan sebanyak 95 peratus. Ketuanya,Y.B.Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan satu kejayaan berbanding keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12), iaitu daripada 1,352 undi kepada 65 di samping kemenangan BN di lima daripada sembilan peti undi,di sebalik kedudukan Manek Urai sebagai salah satu kubu kuat Pas.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon BN,Tuan Aziz Tuan Mat, atas semangat jitu dan usaha gigih yang dipamerkan sepanjang tempoh berkempen di Manek Urai.

"Sepertimana yang saya sebut dalam ceramah saya di Sungai Peria,tidak pernah saya kenali seorang ahli politik yang amat rendah diri dan ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat."Tidak lupa juga kepada semua ahli jentera kempen BN yang begitu komited,tersusun dan bersatu hati dalam gerak kerja kempen yang dilaksanakan",katanya menerusi laman blog rembau.net.my.Jelas beliau lagi berdasarkan keputusan pada 14 Julai yang lepas, ternyata bahawa perkembangan semasa sokongan pengundi muda sudah mula beralih kepada BN.Ini katanya dapat dilihat berdasarkan kajian kasar ke atas saluran pengundi muda, BN berjaya mengatasi Pas sebanyak tiga peratus dengan undian BN sebanyak 2,038 undi bebanding 1,977 bagi Pas."Kejayaan ini begitu manis sekali memandangkan reaksi dan gelagat pimpinan Pas yang mempersendakan pandangan saya bahawa terdapat ramai penyokong dan ahli Dewan Pemuda Pas dan belia yang bakal beralih arah menyokong BN kali ini.

"Ini termasuk tindakan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, yang memperlekehkan isu "kerajaan perpaduan" dan sekatan ke atas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, daripada berkempen di Manek Urai oleh pesaingnya yang kalah, Datuk Husam Musa. Mungkin ada hikmah disebaliknya", ujar beliau.

Tambahnya lagi sekalipun tidak menang, beliau berasa begitu bersyukur dengan pencapaian ini bukan sahaja dari segi keputusan undi malahan dari aspek gerak kerja yang dizahirkan."Saya yakin ini juga merupakan satu petunjuk positif bagi keyakinan rakyat bersempena dengan 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak", katanya.





Wednesday, July 15, 2009

BN Tewas 65 Undi Pilihanraya DUN Manik Urai

KUALA KRAI: Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat. Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak.

Hadiah Buat Rakyat Sempena 100 Hari Pemerintahan Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak


"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"."Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"."Langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin"."Saya turun padang melihat rintihan rakyat... juga merasai gundah gulana mereka dan meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpin"."Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan"

11 Hadiah Kepada Rakyat:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang dengan menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tuesday, July 14, 2009

PPSMI Dimansukan 2012


Pengajaran dan pembalajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah ilham Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir B. Mohamad. Namun baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa melayu secara berperingkat dan akan digunakan sepenuhnya menjelang tahun 2012.
Pelbagai reaksi yang diterima mengenai pemansuhan PPSMI ini, Antaranya kekecewaan yang dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir yang amat sedih dengan keputusan yang diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin B. Md. Yassin. Beliau dipetik berkata, "Pada masa yang sama saya sedih kerana yang menjadi mangsa adalah masa depan anak kita dan keputusan ini menyukarkan mereka untuk belajar dan mengetahui perkembangan dalam bidang sains".
Dengan pemansuhan PPSMI ini,kerajaan telah menyusun strategi untuk Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa inggeris dalam pengajaran di Sekolah Rendah dan Menengah. Diantara langkah yang yang diambil adalah :

1.
Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time” antara guru dan murid.
2. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
3. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu
4. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
5. Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
6. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu.
7. Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
8. Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
9. Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
10. Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
11. Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Wednesday, July 8, 2009

Pemuda Dedah Maklumat Peralihan Sokongan Pengundi Muda Pas Di Manik Urai


Manik Urai - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan terdapat segolongan pengundi muda yang dahulunya menyokong Pas akan mengalihkan sokongan mereka kali ini kepada Barisan Nasional (BN) di Manik Urai.

Jelasnya ini merupakan satu perkembangan yang serius di kalangan penyokong muda Pas yang mempunyai hubungkait terhadap kekecewaan mereka kepada calon yang ditampilkan serta krisis kempimpinan yang berlaku dalam Pas."Dari maklumat yang saya terima, saya telah dapat banyak permintaan daripada penyokong Pas untuk sama ada masuk menyertai UMNO atau secara senyap menyokong calon UMNO.

".....dan ini adalah perkembangan yang penting yang saya dapat tahu dari dua, tiga hari yang lepas ini kerana penerimaan mereka pengundi-pengundi muda yang dulu sokong Pas kepada calon dan isu kebelakangan ini yang melibatkan Pas, menggugat sedikit sebanyak sokongan golongan muda ini kepada Pas", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera Pemuda BN di Pusat Operasi Barisan Nasional DUN Manik Urai di sini, Isnin petang.

Jelas beliau lagi pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan golongan berkenaan untuk mendapatkan kepastian sama ada mereka mahu menyertai terus UMNO atau sekadar memberi sokongan dalam bentuk undi.

Mengenai kemungkinan perkara ini hanyalah taktik lakonan pengundi Pas, beliau berkata Pemuda akan membuat kaji selidik berhubung perkara itu.

"Kita tengah kaji betul-betul sama ada perkara ini betul atau tidak. Golongan ini ada kaitan dengan krisis kepimpinan dalam Pas", ujarnya.

Sumber : www.pemuda.com.my

Monday, July 6, 2009

Pertandingan Tarik Tali Anjuran Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjung Piai





Pertandingan Tarik Tali Anjuran Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjung Piai telah diadakan pada 5/7/2009 Hari Ahad Bertempat di Padang JPS Rambah.Pertandingan tersebut bermula kira-kira jam 10.00 pagi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Mohd Osman B. Hj. Yusoff, ADUN Kaw. Kukup merangkap Ketua UMNO Bhg. Tg. Piai. Dalam ucapan perasmian tersebut, Y.B Datuk mengucapkan tahniah kepada Biro Belia & Sukan kerana berjaya menganjurkan aktiviti riadah dan sukan seperti ini. Beliau juga berharap, pada masa akan datang Biro Belia & Sukan dapat menganjurkan aktiviti yang boleh disertai oleh sayap parti terutamanya kaum wanita.

Dalam ucapan ringkas Pengerusi Biro Belia & Sukan merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyertai dan menjayakan pertandingan ini. Beliau juga berharap pada masa akan datang, lebih banyak penyertaan yang diterima jika ia dianjurkan lagi.

Pertandingan ini menyaksikan sebanyak 20 pasukan yang turut serta. Johan pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan PGA6 dari Muar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Permas Besar dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700. Tempat ke-3 dan ke-4 dimenangi oleh Pasukan Tukang Masak dan Pasukan Hijrah dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 dan Rm300.

Pertandingan berakhir kira-kira jam 2.30 tengahari.

Sunday, July 5, 2009

Pertandingan Nasyid Anjuran Biro Belia & Sukan UMNO Bhg. Tanjung Piai


Biro Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Tanjung Piai telah menganjurkan Pertandingan Nasyid yang berlangsung pada 4 Julai 2009, bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Serkat.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Mohd Osman Bin Yusof, ADUN Kawasan Kukup merangkap Ketua UMNO Bhg. Tanjung Piai.Pertandingan tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

Pengerusi Biro Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Tanjung Piai,Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan berkata,aktiviti seperti ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi menarik golongan-golongan Belia.

Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Nur An Nisa' dari Sungai kuali dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700. Naib Johan dimenangi kumpulan Putri Baltrishah dari Sungai Kuali juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.Tempat ke tiga dan keempat dimenangi Kumpulan Sautu Sufia dari SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman dan Kumpulan Suara Sri Kiambang dari Sri Kiambang. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM300 dan RM 200.


Friday, July 3, 2009

Kabinet Bayangan Tanpa Cahaya


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kabinet bayangan impian pakatan pembangkang mula diperkatakan semula sebagaimana ia pernah ditimbulkan oleh mereka sebagai jalan untuk mengaburi mata rakyat dengan pelbagai isu memalukan yang melanda dalam pakatan mereka.

Pakatan Campuran yang hanya dianggotai oleh tiga parti DAP-PAS-PKR masih dengan retoriknya untuk menarik perhatian masyarakat daripada tertumpu kepada cacat cela yang berlaku dalam tiga pati berlainan idealogi tersebut.

Kononnya, kabinet bayangan tersebut ditubuhkan sebagai badan untuk memantau dan mengkritik gerak kerja yang dilakukan oleh setiap kementerian di bawah pentadbiran BN.

Dengan itu, jelas menunjukkan bahawa tindakan parti-parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak apatah lagi sebelum ini pakatan campuran sememangnya telah lama mengimpikan untuk menubuhkan kerajaan.

Namun demikian, mana mungkin kabinet bayangan tersebut akan berfungsi sedangkan bayang-bayang sendiri hanya akan wujud sekiranya ada cahaya atau sinar yang menerangi. Dalam hal ini, mana mungkin pakatan campuran mampu merialisasikan kabinet bayangan mereka sedangkan jangankan cahaya suram sekalipun yang ada, sebaliknya gelap gelita tanpa nampak apa-apa.

Tentunya juga dengan cubaan mewujudkan kabinet bayangan tersebut, pakatan campuran akan hanya mencari peluang untuk menangguk di air keruh atas apa yang berlaku apatah lagi, terbukti bahawa apa sahaja langkah yang diambil oleh kerajaan akan tetap dikritik dan dianggap negatif.

Dalam hal ini, pernahkah pihak pakatan campuran bersikap positif? Tak usahlah hendak memuji langkah kerajaan malahan untuk menghargai setiap ihsan yang disalurkan juga adalah sesuatu yang mustahil.

Jawabnya, kerana pembangkang tetap pembangkang…. Enggan mengakui kebaikan dari kerajaan yang ditunjangi BN biarpun ternyata bahawa keselesaan dalam negara yang diperoleh adalah hasil limpahan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan BN sendiri.

Fikirlah, dimana tempat tinggal, tempat mendapat pendidikan penuh dari pra sekolah hinggalah ke menara gading, tempat memperoleh bantuan kesihatan secara percuma, tempat yang selamat dengan kawalan dan seliaan pihak berkuasa dan tempat bersosial dalam lingkungan kaum yang pelbagai bangsa dan berbeza agama tinggal bersama?

Nilailah juga, dimana logiknya, hingga perlu wujud kabinet bayangan yang hanya akan menimbulkan kesangsian atas kerajaan BN yang telah lebih 50 tahun menjadi teraju dalam negara.

Sumber : http://umno-online.com