Sunday, January 24, 2010

Perginya Seorang Raja Berjiwa Rakyat








AL-FATIHAH

Pihak PPU Rimba Terjun tidak akan menyiarkan sebarang artikel buat masa ini bagi berkabung diatas pemergian DYMM Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail ke rahmatulwah.

Saturday, January 23, 2010

Tuanku Ibrahim Ismail Dimasyhurkan Sebagai Sultan Johor Ke-5


DYTM Tuanku Ibrahim Ismail, 52, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini. Istiadat pemasyhuran baginda diadakan di tangga Istana Besar, di sini pukul 1.40 petang.

Watikah pemasyhuran Tuanku Ibrahim Ismail dibacakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Pemasyhuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakaman.

Tuanku Ibrahim Ismail menggantikan ayahanda baginda yang mangkat semalam pada usia 77 tahun setelah memerintah negeri ini hampir tiga dekad bermula 11 Mei 1981.

DAULAT TUANKU

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Mangkat

إنا لله وإنا إليه راجعون

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering. Sultan Iskandar meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke English College, yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar. Selepas itu, baginda melanjutkan pengajian ke Trinity Grammar School di Australia dan kemudiannya ke United Kingdom.

Apabila tamat pengajian pada 1956, baginda pulang ke Johor dan berkhidmat sebagai pegawai kadet dalam Perkhidmatan Awam Johor.

Baginda secara rasmi dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981. Pada 11 Mei 1981, baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor keempat selepas kemangkatan ayahanda baginda.

AL-FATIHAH

Monday, January 18, 2010

Anuar Mat Jenin Nak Tawan Putrajaya 2011???

Nampaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berputus asa untuk "menawan Putrajaya" selepas hasrat menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 hanya tinggal impian. Kali ini, beliau meletakkan tahun 2011 pula untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya dengan alasan 'fahaman rakyat antara kaum telah berpecah' dalam memberikan sokongan kepada kerajaan.

"Fahaman rakyat antara kaum berpecah. (Tahun) 2008 rakyat bersatu, 2009 lebih padu, 2010 siap sedia, 2011 kita tawan Putrajaya," katanya semasa berucap menutup Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Restoran Tanjung di sini, hari ini.

Ketika ditanya pada sidang media kemudiannya sama ada beliau mempunyai "pelan tertentu" untuk mencapai sasaran tersebut, Penasihat PKR itu sebaliknya menjelaskan, beliau yakin pembangkang dapat membentuk kerajaan jika pilihan raya umum diadakan tahun depan.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik apabila membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, tidak di Semenanjung Malaysia.

"Nak guna nama Allah itu dia kira pilihan raya nak pilih siapa. Sebabnya di Sabah dan Sarawak ramai orang Kristian," katanya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah sama dengan Pas iaitu tidak menolak penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

"Kita tidak bercanggah dengan Pas, pendirian kita sama," katanya.

Penggunaan kalimah Allah jelasnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana ulama terkemuka seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, Dr. Sheikh Wahba Al-Zuhayli dari Syria dan Maulana Ihsan Hendricks dari Afrika menyatakan penganut bukan Islam telah menggunakannya sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Friday, January 8, 2010

Demonstrasi Demi Mempertahankan Kesucian Agama Islam




Bantahan Umat Islam diseluruh negara kedengaran hari ini berikutan Keputusan Mahkamah Membenarkan Majalah Mingguan Katolik, Herald menggunakan Perkataan "Allah" dalam penerbitanya.

Kemarahan dan kekecewaan Umat Islam mengenai keputusan Mahkamah Tinggi itu diterjemahkan dengan mengadakan demonstrasi bantahan di Seluruh Negara. Antara Masjid yang mengadakan bantahan adalah Masjid Negara, Masjid Kg. Baru, Masjid Kuantan Pahang dan di Terengganu bantahan diadakan di Taman Awam Batu Buruk Terengganu dan Deklarasi bantahan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Terengganu.

Pihak PPU Rimba Terjun berharap agar Mahkamah Rayuan segera mengkaji semula keputusan Mahkamah Tinggi itu sebelum kemarahan Umat Islam Membuak dan mengelakan dari berlaku perkara yang tidak diingini.

Perkataan "Allah" adalah hak Ekslusif Umat Islam dan ia jangan diganggu gugat demi menjamin keharmonian hidup bebas beragama di Negara Ini..

Terkini : Gereja Dilontar Molotov Cocktail



Polis sedang menyiasat tiga kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.

"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini,"

* Diharap Pihak Mahkamah Rayuan dengan segera meneliti semula keputusan Mahkamah Tinggi mengenai keputusan membenarkan Majalah Mingguan Katolik, Herald menggunakan Nama Allah dalam penerbitanya..


Wednesday, January 6, 2010

Patutlah Anuar & The Gang Menyokong Keputusan Mahkamah


Inilah diantara bukti Anuar Ibrahim & The Gang sanggup menggadai Agama Islam malahan Bangsanya sendiri. Surat diatas berkisar mengenai Persatuan Gereja Seluruh Sabah menyokong Anuar Al-Juburi sebagai Bakal Perdana Menteri katanya kerana Anuar diantara pemimpin Islam yang mengamalkan sikap Liberal dan memberi kebebasan beragama serta pemimpin islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi semua agama di Malaysia..

Dan hari ini, Mahkamah Tinggi menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penerbitan `Herald - The Catholic Weekly’ menggunakan perkataan `Allah’ berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara.

Memetik kepada kenyataan Dato' Dr Harun Din baru-baru ini :

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada KEKUFURAN. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik."

Adakan Nik Aziz & The Gang juga tergolong dalam golongan yang kufur kerana menyokong keputusan ini manakala Ustaz Nasharudin dan Harun Din membantah penggunaan allah bagi agama lain. Kita boleh nampak bagaimana percanggahan pendapat diantara pemimpin yang ada didalam Parti PAS yang tidak sepakat membela Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara ini.

Harapkan berjuang menggunakan nama Islam tetapi hati bu
suk & kotor menyokong dan membenarkan Umat Kafir memijak dan menindas agamanya sendiri.

Inilah wajah sebenar Pakatan Rakyat,
Islam Dibelakangkan..
Kafir Laknat Diagungkan..

Saturday, January 2, 2010

Tahun 2009 Tinggal Kenangan, 2010 Penuh Cabaran

Kita sudah memasuki Tahun baru 2010,adakah dengan kedatangan tahun baru ini UMNO dan Barisan Nasional akan semakin kuat dan dapat menggugat Pakatan Rakyat.

Tahun 2009 mungkin mengingatkan kita mengenai amaran yang datang dari rakyat agar pemimpin Barisan Nasional yang dipilih dapat menjalankan tangungjawab yang diamanahkan dan bukan hanya pandai menabur janji dan mencipta kontroversi dan menjadikan rakyat semakin muak seperti apa yang ditimbulkan Pakatan Rakyat.

Tahun 2010 sememangnya dinanti bagi kita sama-sama mengikuti perbicaraan yang membabitkan Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi beliau mempertahankan diri mengenai tuduhan beliau meliwat Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan pada 25 Januari 2010.

Semoga dengan kedatangan Tahun baru ini, ahli-ahli UMNO semakin kuat merapatkan saf bagi mempertahankan Hak-hak Bumiputera, Kesucian Agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kepada kuasa politik orang melayu di Malaysia.

Pihak PPU Rimba Terjun mengucakan Selamat Tahun Baru 2010.