Sunday, May 22, 2011

Persidangan UMNO Bahagian Tanjong Piai 2011














Dirasmikan Oleh :
Y.B. Datuk Seri Haji Noh Bin Omar
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia

Perwakilan UMNO Cawangan Rimba Terjun :
1. Tn. Haji Ibrahim Bin Mohammad (Ketua)
2. Tn. Haji Abdullah Bin Rahmat (Timb. Ketua)
3. En. Abdul Kamal Bin Suboh (Ketua Penerangan)
4. En Shahbudin Bin Saibon (Bendahari)
5. En. Mohd Hafif Bin Abdul Kamal (Ketua Pemuda)
6. Pn. Jamatonisak Binti Haji Awang (Ketua Wanita)
7. Cik Nurliyana Binti Ibrahim (Ketua Puteri)
8. Pn Hjh. Hawa Binti Suboh (Naib Ketua Wanita)
9. En. Zaini Bin Bidin (AJK Cawangan)

Perwakilan G7 Ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia :
1. Sdr. Norafandi Bin Jamaian - 328 Undi
2. En. Ahmad Ismail Bin Ari - 320 Undi
3. Tn Haji Rosdi Bin Sapawi - 301 Undi
4. En. Razib Bin Margono - 286 Undi
5. Puan Zarina Binti Mohd Bain - 281 Undi
6. En. Rahim Bin Busu - 277 Undi
7. En. Saren Bin Ahmad - 267 Undi




Wednesday, May 11, 2011

Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke - 65 Tahun, 11 Mei 2011, Bersamaan 7 Jamadilakhir 1432 H

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli parti untuk meningkatkan usaha dan bekerja keras bagi mencipta masa depan negara yang cemerlang termasuk di persada antarabangsa.

Katanya, kepercayaan dan keyakinan bukan wujud secara semulajadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam kepimpinan dan ahli UMNO sepanjang 65 tahun penubuhannya.

“Dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan dan pengalaman ini telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik semasa,” katanya.

“Dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan dan pengalaman ini telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik semasa,”

Beliau berkata demikian dalam perutusan melalui UMNO-Online sempena Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan diraikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei ini.

Ujarnya, badai yang melanda UMNO pada pilihan raya umum yang lalu bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik atau tersu mengeluh panjang dan mengenang perkara lalu.

“Hakikatnya, jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan maka sebenarnya ia hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi.

“Justeru seluruh ahli parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera, jangan sesekali biarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.”

Tegasnya lagi, ingatlah jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini.

“UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO ketujuh turut mengimbas perjuangan UMNO yang bermula sebelum merdeka telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan hanya mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara.

“Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO malah kita tidak akan lupa jasa-jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang begitu banyak berjasa.

“Kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat dan bersama-sama rakan-rakan komponen BN perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam.” – MediaUMNO


Berita Bertarikh 10 May 2011 Pada 4:01 PM




Sekitar Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai 2011









Perwakilan Pemuda Cawangan Ke Persidangan Pemuda Bahagian :
1. Sdr. Mohd Hafif Bin Abdul Kamal (Ketua)
2. Sdr. Nasharuddin Bin Jumaat (Naib Ketua)
3. Sdr. Mohd. Nazir Bin Abdul Kamal (Setiausaha)
4. Sdr. Fathullah Bin Babol (G2)
5. Sdr. Affandi Bin Sahadi (G2)

Perwakilan Bahagian Ke Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (G2) :
1. Sdr. Zulkarnain Bin Mohamed Said
2. Mohd. Rawi Bin Mohd. Tahir

Majlis Bermula jam 10.00 Pagi dan berakhir kira-kira jam 4.00 Petang. Turut Hadir sama ke Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai ialah Y.Bhg. Datuk Nasir Bin safar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.



Wednesday, May 4, 2011

Lawatan Ahli Parlimen Tanjong Piai Melawat Mangsa Kebakaran






Telah berlaku musibah kebakaran yang menimpa keluarga Puan Rapeah Binti Haji Taib. Kejadian berlaku pada 18 April 2011 Hari Isnin sekitar jam 1.00 Pagi. Dalam kejadian kebakaran tersebut, tiada satu barang pun dapat diselamatkan termasuk kelengkapan persekolahan cucunya kerana api merebak dengan cepat.

Y.B Datuk Wee Jeck Seng Selaku Ahli Parlimen Tanjong Piai telah dimaklumkan dan melawat keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Selain itu, pihak UMNO Cawangan Rimba Terjun juga telah melancarkan Derma Kilat bagi membantu meringankan beban yang dialami keluarga mangsa yang diselia oleh Encik Abdul Kamal Bin Suboh selaku Ketua Penerangan UMNO Cawangan Rimba Terjun.

(Gambar diambil dari Facebook Y.B Datuk Wee Jeck Seng)

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai

Tarikh : 08 Mei 2011
Hari : Ahad
Lokasi : Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

Dirasmikan Oleh:
Y.B Dato' Aziz Bin Kaprawi
Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani Johor
ADUN Kawasan Parit Raja

Majlis Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2011


Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW
Pakatan Keluarga Seni Sayong 2011
Kali Ke - 8

Penerima Anugerah Tokoh Maulidurasul 2011:
Encik Abdul Kamal Bin Suboh

Jawatan :
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Rimba Terjun
Pegawai Perhubungan RELA Mukim Rimba Terjun




Sekitar Persidangan UMNO,Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO Cawangan Rimba Terjun


Tarikh Bersidang : 27 Mac 2011
Tempat Bersidang : Balai Serbaguna Kampung Rimba Terjun

Masa Bersidang:
UMNO : Jam 3.00 Petang
Pemuda,Wanita Dan Puteri : Jam 2.00 Petang

Wakil Bahagian :
UMNO : Tn. Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad
PEMUDA : Saudara Nazrol Hassan Bin Mohd Min
WANITA : Pn. Jamatonisak Binti Haji Awang
PUTERI : Wakil Pergerakan Puteri UMNO Tanjong Piai