Sunday, July 24, 2011

Kerajaan Malaysia, Hangpa Tunggu Apa Lagi???

AnuWar Ibrahim, Barua Amerika dan tali barut Yahudi, Kerajaan Tunggu Apa Lagi???

Selepas insiden BERSIH 2.0 yang berjaya menghuru-harakan negara, ekonomi peniaga-peniaga mengalami kerugian, adakah Kerajaan Malaysia masih mengambil sikap berdiam diri sahaja???
Kami tidak faham mengapa situasi ini tidak ditangani dengan lebih serius.

Baru-baru ini, Taklimat Presiden Parti UMNO yang juga merupakan PM Malaysia mempertahankan tindakannya mereka tidak mahu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merupakan satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani dan mencegah negara dari dihancurkan oleh pihak tertentu.

Persoalan yang berlegar sekarang, Sampai bila kerajaan mengambil langkah seperti ini???

SAMPAI BILA???
SAMPAI BILA???
SAMPAI BILA???

Nak tunggu Malaysia jahanam baru Kerajaan nak bertindak???
Kami berharap agar KDN memandang serius perkara ini. Jangan hanya mengeluarkan amaran yang tak sudah-sudah.

KAMI SUDAH BOSAN DENGAN AMARAN KDN!!!
KAMI SUDAH BOSAN DENGAN AMARAN KDN!!!
KAMI SUDAH BOSAN DENGAN AMARAN KDN!!!

*PPURIMBATERJUN sentiasa menghormati dan menyanjungi kepimpinan Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohammad, Tegas dalam sesuatu pendirian.

Tuesday, July 12, 2011

Anuar Petualang Negara - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Menurut beliau, orang seperti Anwar tidak akan puas dan sanggup melakukan apa sahaja selagi nafsu dan keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.

"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penerangan Perdana bersama Perdana Menteri anjuran Ketua Penerangan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, macam-macam cerita mengenai Anwar tetapi sehingga kini banyak yang tidak dijawab oleh Penasihat PKR itu termasuk yang terbaru mengenai jam tangan Omega.

"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.

"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, dulu, Anwar pernah mengatakan Pas bodoh serta menghentam Penasihat DAP, Lim Kit Siang semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi sekarang mereka kawan baik yang dipeluknya.

"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.

"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata, cara terbaik untuk menghadapi ancaman daripada orang seperti Anwar adalah dengan menggunakan kekuatan akal fikiran.

Sunday, July 10, 2011

BERSIH Derhaka Pada YDP Agong Dan Raja-Raja Melayu


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Tuanku Sultan Selangor memberikan titah amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap golongan yang mencetuskan ketidaktenteraman dan kekacauan di negeri baginda.


DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, terpaksa merayu kepada rakyatnya sendiri agar menjauhi demonstrasi Kotor 2.0 yang bakal diadakan puak-puak petualang negara. Sultan Ahmad Shah sendiri bertitah bahawa perhimpunan itu tidak ada sebarang manfaat dan sebaliknya banyak menyusahkan rakyat.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebagai negara berdaulat, tanggungjawab mempertahankan tanah air bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab seluruh rakyat.“Suka saya mengingatkan kepada semua supaya sentiasa mempunyai semangat cintakan negara walau di mana jua kita berada,” titah baginda selepas menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ke-30 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


DAULAT TUANKU

RAJA MELAYU PAYUNG RAKYAT MALAYSIA

Saturday, July 9, 2011

Ayuh Pejuang Muda

Pemuda UMNO dan Kelab Putera 1Malaysia akan tetap meneruskan perhimpunan mereka di bawah program PATRIOT esok di Jalan Bukit bintang dan seterusnya berarak ke Stadium Merdeka.

Pengerusi Bersama PATRIOT, Khairy Jamaluddin berkata program tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi dan rayuan untuk mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka akan dibuat di IPD Dang Wangi petang ini.

Menurut beliau memandangkan perkembangan mutakhir ini yang menunjukkan pembangkang akan terus dengan usaha mereka, PATRIOT akan meneruskan semula rancangan mereka yang sebelum ini dibatalkan.

PATRIOT bukannya pertubuhan tetapi ianya adalah program Pemuda UMNO bersama Kelab Putera 1Malaysia. Jadi tanggapan sesetangah pihak bahawa PATRIOT adalah pertubuhan haram tidak betul,” katanya.

AYUH ANAK MUDA, BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL..