Tuesday, July 14, 2009

PPSMI Dimansukan 2012


Pengajaran dan pembalajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah ilham Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir B. Mohamad. Namun baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa melayu secara berperingkat dan akan digunakan sepenuhnya menjelang tahun 2012.
Pelbagai reaksi yang diterima mengenai pemansuhan PPSMI ini, Antaranya kekecewaan yang dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir yang amat sedih dengan keputusan yang diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin B. Md. Yassin. Beliau dipetik berkata, "Pada masa yang sama saya sedih kerana yang menjadi mangsa adalah masa depan anak kita dan keputusan ini menyukarkan mereka untuk belajar dan mengetahui perkembangan dalam bidang sains".
Dengan pemansuhan PPSMI ini,kerajaan telah menyusun strategi untuk Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa inggeris dalam pengajaran di Sekolah Rendah dan Menengah. Diantara langkah yang yang diambil adalah :

1.
Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time” antara guru dan murid.
2. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
3. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu
4. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
5. Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
6. Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu.
7. Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
8. Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
9. Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
10. Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
11. Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment