Saturday, November 21, 2009

Pihak PPU Rimba Terjun memohon seribu kemaafan kerana tidak dapat menyiarkan Artikel kerana Pengendali Laman Blog ini Bertugas di Sabah dan Sarawak. Kami akan menyiarkan semula artikel pada 01/12/2009

Terima Kasih kerana sudi melayari Blog kami..

Salam Aidil Adha..

Admin..

Monday, November 16, 2009

Mahkamah Istihar Kerusi DUN Kota Siputeh Kini Kosong


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah.

Tetapi samada berlaku pilihanraya kecil atau tidak itu terpulang kepada SPR untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

Sunday, November 15, 2009

UMNO Tak Gentar

UMNO tidak gentar dengan usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memburuk-buruk peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka dengan kritikan, namun biarlah ia membina dan bertanggungjawab.

“UMNO tidak gentar dengan ancaman itu dan belum mengetahui bentuk serangan yang akan dilakukan ke atas Perdana Menteri, namun kita bersedia untuk membalas balik sekiranya memerlukan.

“Namun, jika serangan ke atas Perdana Menteri hanya merupakan satu fitnah dan berbentuk peribadi, ini menunjukkan pembangkang di negara ini masih lagi tidak matang,” katanya mengulas usaha Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Rujukan Bersama : Klik..Klik

Wednesday, November 11, 2009

Bai'ah PAS : Tinggalkan Parti,Tinggalkan Isteri


Bai'ah yang mentaklikkan isteri dengan talak tiga atas sebab politik seperti yang dilakukan oleh Pas tidak dibenarkan dalam syarak.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, bai'ah seumpama itu amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.

Ujarnya, setiap perkara berkaitan taklik atau talak sepatutnya hanya menyentuh soal kekeluargaan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.

''Syarak tidak membenarkan kita berbai'ah dengan cara begini kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan moral dan etika,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad telah mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

Pendedahan itu mendapat tentangan ilmuwan Islam antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa amalan bai'ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai'ah seperti itu sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

Mengulas isu sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai'ah talak tiga Pas.

Dalam pada itu, Ismail yang juga penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim sekali lagi menegaskan adalah tidak adil taklik dijadikan alat untuk berpolitik.

''Kebenaran untuk bertaklik hanya berkisar tentang hidup berkeluarga dan bukannya ada sebab lain,'' katanya lagi.

Friday, November 6, 2009

Hati Umat Islam Diguris Lagi


Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar yang beragama Kristian dibenarkan memberi Ceramah Di Dalam Masjid tempat orang islam beribadat. Mana peginya JAIS langsung tidak mengambil tindakan terhadap Makhluk Kafir ini. Ustaz Asri, Bekas Mufti Perlis yang sememangnya Orang Islam dan Bekas Mufti plak tu ditahan oleh JAIS kerana mengadakan Ceramah tanpa tauliah katanya. Baguslah,orang Islam ditahan dan difitnah macam-macam dan yang si kafir ni plak DIBERI IZIN DAN LESEN BESAR SERTA TAULIAH untuk menyampai Tazkirah di dalam Masjid. Betapa pandainya JAIS dan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Langsung tidak memikirkan sensitiviti umat islam di negara ini.



Dan Video ini plak menunjukan Sekumpulan Pelajar ST Augustine,Betong yang sememangnya Biadap menghina agama Islam dengan Meniru cara orang Islam bersembahyang dan melakukanya didalam Gereja. Mana pergi pihak-pihak berwajib. Sepatutnya Kes-Kes yang melibatkan penghinaan terhadap Agama Islam diambil tindakan segera. Jangan sebab hendak menjaga hati Bangsa lain, maruah dan Kesucian Agama Islam digadai begitu saja.