Saturday, March 13, 2010

Edisi Khas : Terima Kasih Sdr. Ezam Md. Nor

Ketibaan Sdr. Ezam disambut oleh
Ketua Penerangan UMNO Rimba Terjun,
En. Abdul Kamal Bin Suboh (Berbaju Batik).


Bersama-sama ADUN Kawasan Kukup,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Piai.








Majlis Ceramah Perdana anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama dengan UMNO Cawangan Rimba Terjun berjalan dengan jayanya. Majlis yang dihadiri hampir 800 orang dari pelbagai bangsa dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Saudara Ezam, banyak isu yang dijelaskan termasuklah Isu yang membabitkan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Isu enjin Kapal terbang, isu pembelian kapal selam, dan isu liwat yang membabitkan DSAI dengan Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Dalam masa yang terdekat ini, kami akan menguploadkan segala video yang disampaikan oleh Sdr. Ezam dan segala pembongkaran mengenai isu-isu yang disampaikan serta permohonan maafnya didalam ceramah yang beliau sampaikan.

Monday, March 8, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul








Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung Rimba Terjun telah diadakan pada hari Sabtu, 6/3/2010 di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah. Majlis bermula sekitar 8.30 pagi dan dimulakan dengan perarakan dari 2 lokasi berbeza iaitu dari Agensi Antidadah Kebangsaan (Bhg. Barat) dan dari Sek.Keb Rimba Terjun (Bhg. Timur).

ADUN Kawasan Kukup merangkap Ketua UMNO Bhg. Tanjung Piai, Datuk Mohd Osman Yusof turut hadir sama bagi meraikan Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis syarahan pula disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Razak, Timbalan Pengarah Falak, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis berakhir kira-kira jam 1 tengahari.

Friday, March 5, 2010

Wednesday, March 3, 2010

PKR Dirundung Malang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.

Menurut Perdana Menteri, keadaan itu merupakan asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.

''Jadi, itu merupakan asas pokok untuk mereka membuat keputusan meninggalkan PKR. Terbaru ia melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohammed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Mengenai keinginan Mohammad Fairus untuk menyertai UMNO, Najib memberitahu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti itu merasakan sudah dikhianati oleh pucuk pimpinan PKR.

Katanya, Mohamad Fairus mengatakan yang dirinya difitnah serta dianiaya hingga merasakan sudah tiba masanya untuk bertindak menyertai UMNO.