Saturday, October 31, 2009

Tsunami 1Malaysia Melanda Pakatan Rakyat

Nik Aziz nak singkirkan 4 Pemimpin tertinggi Pas yang menyokong mengenai Kerajaan Perpaduan dengan UMNO melalui Muktamar Khas

4 ADUN PKR hilang kepercayaan terhadap kepimpinan mengumumkan Keluar Parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas yang Menyokong Kerajaan Barisan Nasional


Pakatan Rakyat semakin kalut dengan pelbagai masalah kerana ramai ADUN yang sedar bekerjasama dengan DAP tidak mendatangkan manfaat malahan Agama Islam diperkotak-katikan dan Hak Keistimewaan Orang Melayu sering dipertikai oleh Kafir DAP.

Kepada ADUN yang belum mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat, Kami sentiasa menanti dan mengalu-galukan LOMPATAN anda Demi Kesejahteraan ISLAM dan Bangsa Melayu

Thursday, October 29, 2009

PKR Makin Tenat

Kepincangan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya semakin tenat. Adun Pelabuhan Klang Y.B. Badrul Hisham Abdullah mengumumkan keluar Parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Christina liew Ketua Wanita PKR Sabah meletakkan jawatan masing-masing berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan PKR sekarang.

*Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Dato' Seri Najib nampaknya membuahkan hasil kerana pemimpin melayu sedar akan niat murni DSNR. Semakin ramai ADUN Pembangkang yang keluar Parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas yang Menyokong Kerajaan BN.

Sama-sama kita TALKINKAN PAKATAN RAKYAT MENJELANG PRU13

Tuesday, October 27, 2009

Apabila Mursyidul AM Pas Lebih Berkuasa Dari Presiden Pas

Siapa sebenarnya yang lebih berkuasa didalam Parti PAS, adakah Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS Atau Haji Hadi Awang selaku Presiden Parti tersebut. Tidak mungkin dalam satu Parti mempunyai 2 orang nakhoda yang mengepalai parti tersebut

Berikutan pergolakan yang sedang berlaku didalam PAS sekarang, nampaknya perkara ini menjadi semakin rumit berikutan pemimpin yang disanjung dan dianggap sebagai Ulama serta boleh menentukan syurga atau neraka seseorang itu ingin mengadakan Muktamar Khas yang bertujuan untuk menyingkirkan pemimpin Parti tersebut yang menyokong kearah Kerajaan Perpaduan diantara Parti UMNO dan PAS.

Antara mereka yang dimaksudkan oleh Nik Ajizzz adalah Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Ustaz Nasarudin Md. Isa (Timb. Presiden PAS), Dato' Mustapha Ali (S/U Agung PAS) dan diantara nama yang sering disebut akan meninggalkan Parti Pas demi kerajaan Perpaduan, Dato' Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor).

Persoalanya sekarang, adakah dengan cara mengadakan muktamar KHAS ini kemelut yang sedang melanda didalam parti itu akan dapat diselesaikan dan segala persoalan akan terungkap.

Adakah dengan muktamar ini PAS akan semakin kuat atau akan terus berpecah dan mungkin akan terus lenyap dari arena politik tanahair.

Jika keempat-empat nama diatas disingkirkan dalam Muktamar, akan semakin mudahlah puak-puak Edorgan untuk menguasai PAS sekarang yang diketuai oleh Husam Musa yang begitu rapat dan intim dengan Anuar Ibrahim. Bersorak gembiralah Anuar jika perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Pada masa yag sama juga, akan berkuburlah Kepimpinan Ulama yang menerajui PAS sekarang.

Seharusnya Nik Aziz lah yang harus disingkirkan kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan menimbulkan kemarahan umat islam di negara ini. Jangan kerana mabukkan kuasa, Orang Kafir disanjung-sanjung dan pada masa yang sama Maruah agama Islam digadai begitu saja.

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010 Hadiah Kerajaan Kepada Rakyat

CUKAI
  • Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.

    Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.

KAKITANGAN AWAM

  • Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
  • Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.

RUMAH

  • 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.

KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
  • Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

PENDIDIKAN

  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
  • 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
  • Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
  • Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.

Friday, October 23, 2009

Menjelang Pembentangan Bajet 2010

Pembentangan Bajet 2010
Oleh Y.A.B Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Pada 23 Oktober 2009, Hari Jumaat
Berlangsung di Dewan Parlimen
Jam 2.30 ptg

Antara bidang tumpuan Bajet 2010 adalah pelaburan swasta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), teknologi maklumat (ICT), industri halal, sektor kewangan, pembangunan infrastruktur luar bandar, sektor perkilangan, pembangunan sumber manusia, teknologi hijau, sektor pertanian, jenayah dan keselamatan awam dan pengangkutan awam.

Monday, October 19, 2009

Berubah Atau Rebah

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti UMNO, Y.B Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein telah mengusulkan beberapa cadangan pindaan Perlembagaan UMNO menerusi Perhimpunan Agung Khas UMNO yang baru melabuhkan tirainya jumaat lepas. Beberapa Usul yang dibentangkan telah mendapat sokongan padu 191 Perwakilan Bahagian UMNO dari seluruh negara. Adakah dengan pindaan ini UMNO akan terus releven di mata masyarakat dan dengan Pindaan beberapa usul ini suara ahli UMNO dari peringkat akar umbi dapat terus diterjemahkan kepada Kepimpinan Tertinggi UMNO. Berikut adalah pindaan Usul yang mendapat persetujuan perwakilan

Usul Pindaan oleh Pengerusi JK Pindaan Perlembagaan
Pindaan Perlembagaan UMNO

Berubah Atau Rebah..
Hidup UMNO!!
Hidup Melayu!!

Thursday, October 15, 2009

Ucapan Dasar Presiden UMNO


KLIK

Ucapan Dasar Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak


Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita
zahirkan.

Kendati tergantung awan di langit,
Telah terlanjur kubentangkan layar,
Walau badai datang menggulung,
Walau berdentum guruh di langit,
Walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku
berbalik haluan.
Hidup UMNO! Hidup Melayu!

(Dato' Seri Najib Tun Razak)

Tuesday, October 13, 2009

Selamat Bersidang


Perhimpunan Agung KHAS UMNO 2009 akan berlangsung mulai 13 Oktober 2009 hingga 16 Oktober 2009. Perwakilan yang hadir dari setiap 191 UMNO Bahagian akan memikul tanggungjawab bagi memastikan Pindaan Perlembagaan UMNO ini akan dapat membawa satu perubahan kepada UMNO dalam usaha untuk memantap dan memperkasakan Parti.
Selamat Bersidang..
Satu Suara, Satu Matlamat, Satu Malaysia..

Monday, October 12, 2009

BN Menang Besar Di Semua Saluran Mengundi


Undi Pos - BN- 3521, PAS- 601, Rosak 54, MAJORITI - 2920

Bradwall - BN - 215, PAS - 90 , Rosak 7, MAJORITI - 125

Sua Betong - BN - 371, PAS- 149, Rosak 9, MAJORITI - 22

Taman Easton - BN -136, PAS - 78, Rosak 1, MAJORITI - 58

Ladang Siliau - BN - 349, PAS -113, MAJORITI - 236

Ladang Atheton - BN - 236, PAS -91, MAJORITI - 145

Bagan Pinang - BN -1309, PAS - 578, MAJORITI - 731

SiRusa - BN - 767, PAS - 304, MAJORITI - 463"

Sunday, October 11, 2009

Barisan Nasional Menang Besar PRK DUN Bagan Pinang


Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Bagi Undi Pos Pula, Barisan Nasional memperolehi sebanyak 3521 dan Calon Pas memperolehi sebanyak 601 undi. Manakala undi Rosak pula sebanyak 134. Keseluruhan jumlah bagi pengundi pos adalah sebanyak 4611.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Keputusan EGM MCA


Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA di sini hari ini meluluskan dua resolusi iaitu undi tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat timbalannya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Friday, October 9, 2009

PAS Makin Terdesak, Mula bermain Wayang Pulak..

Ekoran terdesak, Pas kini sanggup membuat apa sahaja termasuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk provokasi bagi tujuan menimbulkan kekacauan di kalangan penduduk Bagan Pinang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri telah melihat SMS itu yang jelas mengajak anggota pemuda parti itu datang ke kawasan ini untuk berhadapan dengan jentera UMNO atas jihad fisabilillah. Beliau yang hairan dengan tindakan terbaru Pas itu mengingatkan kepada semua pengundi supaya tidak mengendahkan SMS itu kerana ia semata-mata bertujuan menimbulkan suasana yang tidak stabil menjelang hari pengundian. ''Mengapa mereka kata jihad sedang jihad itu adalah untuk berperang. Saya yakin mereka melakukan perkara ini kerana Pas semakin terdesak dan semakin tertekan. ''Kini mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat seruan jihad disebabkan tersebarnya berita yang tidak betul iaitu ada ahli mereka dikatakan telah dipukul oleh Pemuda UMNO. Ini semua bertujuan menakutkan pengundi di kawasan ini,'"

Wednesday, October 7, 2009

Pengundi Bagan Pinang Makin Memihak Kepada BN

Mohd. Isa Abd. Samad bersama
beberapa nelayan melaungkan "Hidup BN"
ketika berkempen di Pantai Nelayan Teluk Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.


Selepas empat hari berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad optimis gelombang pengundi akan berpihak kepadanya.

Bagaimanapun itu tidak bermakna beliau boleh berasa selesa kerana tumpuan akan terus diberikan terutama kepada 45 peratus pengundi muda di kawasan ini. Katanya, sebahagian daripada pengundi muda itu telah dikenal pasti kembali menyokong BN.

‘‘Sebahagian lagi yang berada ‘di atas pagar’ sedang kami usahakan untuk kembali kepada BN. Saya percaya, mereka juga akan bersama kita,’’ kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pasar Teluk Kemang di sini hari ini.

Tuesday, October 6, 2009

Indonesia Jiran Serumpun Atau Musuh???




Biadap sungguh segelintir warga Indonesia yang sanggup mengganggap Malaysia sebagai Musuh mereka. Gambar diatas tidak melambangkan majoriti Rakyat Indonesia mengistiharkan perang keatas Malaysia tetapi hanya segelintir sahaja.

Sukarelawan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di Bogor mengistiharkan perang keatas Malaysia. Kumpulan dianggotai lebih 200 ahli itu secara jelas bertekad mengepung Kedutaan Malaysia di Jakarta. Pada masa sama mereka membakar kertas dicetak Jalur Gemilang dan lambang kerajaan Malaysia.

Ahli kumpulan sama membuat kenyataan kononnya mereka akan ke Malaysia, melakukan serangan. Tindakan itu berikutan Malaysia didakwa mencuri pelbagai entiti budaya mereka antaranya tarian dan makanan. Klik Sini,Sini dan Sini

Misi bantuan Kemanusiaan berikutan Gempa Bumi yang melanda Padang tidak disenangi segelintir penduduk dikawasan tersebut. Pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet. Tindakan itu boleh dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang masih beroperasi di Padang.


Sunday, October 4, 2009

Apakah PRU 13 Barisan Nasional Akan Terus Menerajui Tampuk Pemerintahan Negara


(1) Melihat kepada situasi semasa selepas Pilihanraya Umum (PRU12),Barisan Nasional mengalami satu Ombak Tsunami Politik yang amat dasyat kerana gagal mempertahankan majoriti 2/3 dan sekadar menguasai majoriti mudah di dalam Parlimen.

(2) Adakah ini tandanya pada PRU ke 13 yang akan datang, UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami kekalahan yang teruk dan gagal untuk mentadbir Malaysia lagi???.

(3) Pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, seharusnya kita mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan yang dilakukan. Sebagai contoh, Kerajaan khusunya kepimpinan Parti terlalu Ghairah untuk merampas kembali kerajaan Kelantah dibawah pemerintahan PAS sehingga mengambil mudah dan memandang remeh tentang negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional (Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak) sehinggakan Negeri ini dikuasai oleh pihak Pembangkang. Adakah semasa PRU ke 12 BN mengadakan Kempen secara sambil lewa kerana mereka menguasai negeri-negeri ini sebelumnya.. Dimanakah silapnya??

(4) Mungkin juga kekalahan yang dialami oleh Barisan Nasional disebabkan ada segelintir Ahli-Ahli Yang Behormat yang tidak dilantik semula untuk bertanding dikawasan mereka MEMBOIKOT calon yang mendapat restu daripada Presiden Parti..

(5) Kita mungkin tidak boleh menafikan Kempen-Kempen yang dianjurkan oleh pihak pembangkang menampakkan hasil dengan kemerosotan Majoriti Calon BN diseluruh negara. Sebagai contoh, Dalam Negeri Johor rata-rata dalam 1 Bulan terdapat 2 atau 3 ceramah yang merekan anjurkan. Walaupun kita tahu, dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk menghentam, mengherdik, mencaci, menghina Pemimpin Parti Kerajaan seolah-olah Pemimpin Pembangkang ini Maksum dari melakukan sebarang dosa. Boleh dikatakan, ada segelintir ahli UMNO yang menghadiri ceramah tersebut. Mungkin untuk mendengar Ceramah pihak pembangkang. Dan Ramai Ahli Atas Pagar yang masih mencari-cari dimana Parti yang benar-benar ikhlas untuk memerintah negara.

(6) Samada kita sedar atau tidak mengenai perkara ini, UMNO khususnya Biro Penerangan UMNO Malaysia harus mengambil langkah drastik untuk menarik Ahli-Ahli Atas Pagar ini untuk sama-sama berjuang dengan UMNO. Rata-rata dikalangan ahli ini adalah golongan Muda.

(7) Biro Penerangan UMNO harus merangka langkah Drastik untuk Merelevenkan UMNO dimata Golongan Muda dan dimata masyarakat seperti mengadakan Ceramah-ceramah isu semasa untuk menangkis Dakyah dan Tohmah Pihak Pembangkang (BUKAN HANYA DIADAKAN SEMASA PILIHANRAYA SAJA TETAPI SECARA BERTERUSAN). Mereka boleh menjemput Kepimpinan Tertinggi Parti (SEBAIKNYA AHLI MT, NAIB PRESIDEN, ATAU MUNGKIN TIMB. PRESIDEN DAN PRESIDEN UMNO) sendiri untuk turun ke setiap pelusuk di dalam negara ini bagi menjawab Isu yang cuba Disensasikan Oleh Pihak Pembangkang dan mendalami permasalahan yang dialami ahli akar umbi.

(8) Memilih calon anak tempatan disetiap kawasan yang dipertandingkan. Jika dahulu, orang akan mengundi dan memangkah parti tertentu tanpa meneliti dulu calon yang dipilih parti tersebut. Tetapi sekarang, mereka akan memastikan Calon yang dipertandingkan oleh sesuatu parti mestilah mempunyai Pendidikan, Calon yang bersih dari segala konspirasi dan dapat membawa arus kemajuan dikawasan tersebut.

(9) Kesimpulanya, UMNO akan terus Gah jika kita dapat menyatupadukan ahli kita sendiri. Sebagaimana Dato' Onn Jaafar menyatupadukan orang-orang melayu sehingga tertubuhnya Parti Keramat UMNO, kenapa tidak kita pada masa ini Mengambil semangat Dato' Onn untuk menyelamatkan Perpaduan yang telah tersemai sekian lama.

(10) Persoalanya, Adakah jika kita hilang kuasa politik mentadbir negara, ini baru Orang Melayu semua hendak bersatu padu???.. Adakah kita mahu melihat orang melayu menjadi bangsa asing di negara sendiri???..

Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan..

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

Written By:
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Rimba Terjun.

Bahagian Tanjong Piai
.

Saturday, October 3, 2009

Penamaan Calon : BN lawan Pas di Bagan Pinang




Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar.

Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid gagal mengemukakan borang sehingga tempoh pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

Sebelum itu borang pencalonannya di tolak kerana penyokong bukan dari kalangan penduduk tempatan Bagan Pinang.

Selepas tempoh bantahan tamat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan hanya Mohd. Isa dan Zulkifly akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Friday, October 2, 2009

EKSLUSIF : Sekitar Pengkebumian Nordin M.Top







Jenazah Noordin Mat Top selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri di sini pada kira-kira pukul 7 malam ini.

Sebelum itu, jenazahnya yang dibawa menggunakan van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disembahyangkan di Masjid Jamek Nurul Iman Kampung Melayu yang terletak kira-kira 500 meter dari tanah perkuburan berkenaan sebaik tiba pukul 6 petang.

Kira-kira 1000 orang termasuk ahli keluarga dan wakil media menyaksikan upacara pengkebumian Noordin.

Seramai 50 anggota polis turut dikerah mengawal keadaan di tanah perkuburan berkenaan semasa pengkebumian itu berlangsung.