Friday, December 21, 2012


Ya Allah Kuatkan UMNO,
Ya Allah Kuatkan Barisan,
Ya Allah Kuatkan Kami,

Tolonglah Kami Untuk Mempertahan Agama Islam,
Tolonglah Kami Untuk Membela Bangsa Melayu & Bangsa Lain,
Tolonglah Kami Untuk Berlaku Adil Pada Semua,

Peliharalah Kami Dari Fitnah Manusia,
Peliharalah Kami Dari Kerosakkan Bangsa,
Peliharalah Kami Dari Kehancuran Negara,

Ya Allah, Berilah Kemenangan Kepada UMNO & BN,
Berilah Kemenangan Kepada Kami Demi Agama Islam,
Bangsa Melayu & Negara.

Ya Allah Kabulkan Doa & Permohonan Kami,
Amin Ya Rabbal Alamin~
 
________________________________________________

Doa Yang Dibacakan Oleh
Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Presiden UMNO
Perhimpunan Agung UMNO 2012

Saturday, December 1, 2012

Ucapan Penangguhan PAU 2012


6.10 PM - Ucapan penanguhan oleh Y.A.B Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Presiden UMNO Malaysia

Terkini PAU 2012


5.45 PM - Ucapan pengulungan dari Y.A.B Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin

Terkini PAU 2012


4.42 PM - Ucapan pengulungan diteruskan oleh Naib-Naib Presiden UMNO dimulakan oleh YB Dato' Seri Shafie Bin Apdal, diikuti oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein & YB Dato' Seri Zahid Bin Hamidi

Terkini PAU 2012


4.20 PM - Selesai Ucapan Pengulungan Dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, Kini Ketua Wanita UMNO, YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil Sedang Menggulung Perbahasan.

Friday, November 30, 2012

Presiden UMNO Ikrar Pertahan Kesejahteraan Rakyat









Petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini:

* “Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi."

* “Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan."

* “Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, Pasti tidak akan hilang bisanya."

* “Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang."

* “Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu."

* “Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia."

* “Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."

* “Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."

* “Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap."

* “Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe"elnya berubah pulak."

* “Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus."

* “Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah."

* “Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain."

* “Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat.
Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia Pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud."

* “Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan."

* “Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua."

* “Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka."

* “Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara."

* “Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."

* “Justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam."



Tuesday, November 27, 2012

SELAMAT BERSIDANG PAU 2012



ATURCARA PROGRAM SEPANJANG PERSIDANGAAN :

TAKLIMAT PRESIDEN 
Majlis Taklimat Presiden
Pakaian : Baju Kemeja Merah 
(Ulang Tahun UMNO ke-66) 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN 
WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pendaftaran Perwakilan 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN 
WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu Perempuan : Baju Kurung 
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC 

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
( PERWAKILAN BAHAGIAN )
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

Anjung Merdeka 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat) 
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC 

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam 
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC 

GERAI JUALAN 
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam 
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

Thursday, November 22, 2012


MERAFAK SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN

D.Y.M.M TUANKU SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR 
SULTAN & YANG DIPERTUAN
BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TAKZIM

" SEMOGA ALLAH SWT LANJUTKAN USIA TUANKU "
" KEPADA ALLAH KAMI BERSERAH "


DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

IKHLAS DARI :
KETUA PEMUDA, BARISAN AJK, PEGAWAI DAN SELURUH WARGA PERGERAKAN PEMUDA, PUTERI, WANITA DAN UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN, PONTIAN JOHOR.

Sunday, November 4, 2012

Majlis Qurban AidilAdha Kampung Rimba Terjun
































Lokasi penyembelihan dilakukan di
Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun Pontian. 
8 Ekor Lembu diqurbankan pada tahun ini.

Saturday, September 29, 2012




Bajet 2013 Bertemakan
Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : 
Sebuah Janji Ditepati


PERTUMBUHAN EKONOMI

* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

BISNES DAN PELABURAN SWASTA

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga 

Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

*Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. 

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

PENYERTAAN BUMIPUTERA

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015

* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang" 

KESEJAHTERAAN RAKYAT

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA) yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.

* RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.

* Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.

* RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa, RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016.

BELIA

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan "New Entrepreneur Foundation" untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund"

* Memberi rebat RM200 secara "one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun

*RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar

SOSIAL

* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah
dua peratus ke atas pinjaman

* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000

PELAJAR DAN PERSEKOLAHAN

* RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan

* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta * Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250

* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000

* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun

* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta

SEKTOR AWAM DAN PENDAPATAN ISI RUMAH

* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan

* RM1.9 bilion diperuntukkan bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik merangkumi rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Jabatan Perumahan Negara

* Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan, manakala had pendapatan bersama suami isteri RM10,000

* Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan

* Pengurangan subsidi gula 20 sen sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran

* RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan

* Diskaun 50 peratus ke atas tambang penumpang feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta diskaun 50 peratus ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barang keperluan dan binaan ke Labuan

HAJI

* Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000

CUKAI PENDAPATAN

* Kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu peratus bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar.

* Kerajaan akan menubuhkan "National Strategic Coordination Unit" untuk merancang dan menyelaras Program Transformasi Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar

* Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar meliputi pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, projek infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalam Sabah dan Sarawak 

* RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan turut menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing

* RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat termasuk melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan Program Inkubator Keusahawan Ibu Tunggal, pemberian geran RM1,000 untuk "Program Get Malaysian Business Online" dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram

Friday, September 28, 2012

Keadaan Terkini Adik Rayyan


 ( Gambar Terkini, Masuk Ubat Melalui Kepala )


( Semasa Dalam ICU Minggu Lalu )

Alhamdulilah, berkat doa yang berpanjangan dari anda semua, adik Rayyan kini telah dipindahkan ke Wad Anggerik, Katil No. 12A Institut Jantung Negara (IJN). Untuk makluman, adik Rayyan menghadapi masalah komplikasi jantung ( injap saluran darah dan oksiden terbalik serta jantung kecil ). Keadaanya kini dilaporkan stabil. Mohon doa yang berpanjangan dari anda semua untuk kesembuhan adik Rayyan. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah melakukanya dengan memberi sumbangan ke akaun bank yang tertera dibawah :

CIMB : 14160078163521 ( Sunarti Binti Bahtiar )
CIMB : 01050005462206 ( Asnawi Bin Amran )
Maybank : 101543091555 ( Sunarti Binti Bahtiar )

Mohon hebahan makluman ini kerana adik Rayyan masih memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) yang dianggarkan sudah melebihi RM100,000. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan bapa Rayyan di :

Facebook, En Asnawi Bin Amran 
atau boleh berhubung terus melalui 
Telefon : 017-7180976

Segala bantuan yang anda hulurkan hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya..Amin~