Wednesday, June 30, 2010

Ucapan Takziah

Kami Warga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun ingin Merakamkan Ucapan Takziah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan diatas kembalinya Ayahandanya yang tercinta Allahyarham Tuan Haji Atan Bin Md. Taib Ke Rahmatullah pada 29/06/2010 kira-kira jam 2.30 pagi.

Semoga Roh Allahyarham dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Dikalangan Para Syuhada

إنا لله وإنا إليه راجعون

AL-FATIHAH

Karnival Juara Rakyat




Karnival Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai yang diadakan baru-baru ini mendapat sokongan yang memberangsangkan dari penduduk Tanjong Piai khasnya dan Penduduk Pontian amnya. Majlis berlangsung kira-kira jam 8.30 Pagi dan Dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Mohd Osman Yusof.

Didalam karnival ini,beberapa acara diadakan seperti Pameran dari Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pontian, Pendaftaran Keahlian UMNO dan Pendaftaran Daftar Pemilih yang dikendalikan oleh Pemuda UMNO Tanjong Piai.

Selain itu diadakan Pertandingan Futsal yang berjaya menarik penyertaan seramai 58 pasukan dan berjaya menarik minat pasukan dari luar antaranya dari Kota Tinggi, Johor Bahru dan Melaka. Johan Pertandingan Futsal dimenangi pasukan dari Johor Bahru iaitu Pasukan Absa (A), Naib Johan digondol Pasukan dari Melaka iaitu Gurun FC dan tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan dari Johor Bahru iaitu Pasukan Equal FC dan Katana FC.

Dalam ucapan ringkas perasmian oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, beliau melahirkan rasa gembira diatas pendekatan yang diambil oleh Pengerusi Biro Belia Dan Sukan UMNO Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Hj. Atan kerana berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini bagi merapatkan silaturahim diantara pemimpin dan masyarakat setempat. Beliau juga berharap agar Biro Belia Dan Sukan dapat mengatur lebih banyak lagi acara seperti ini bagi melahirkan masyarakat yang sihat disamping memupuk semangat perpaduan dan melahirkan masyarakat yang harmoni.

Majlis ini mendapat kerjasam dari pelbagai pihak diantaranya Majlis Belia 4B Daerah Pontian dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pontian. Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan. Majlis berakhir kira-kira jam 10.00 Malam..

Friday, June 25, 2010

Juara Rakyat

Karnival Juara Rakyat Anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama Pengerusi Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan , Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjong Piai dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Pontian yang akan diadakan pada 27 Hb. Jun 2010 bertempat di IM Futsal Centre Pontian.

Majlis akan dirasmikan oleh Y.B Datuk Mohd Osman Hj. Yusof, ADUN Kawasan Kukup merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Diminta semua penduduk yang tinggal berdekatan dapat sama-sama memeriahkan majlis pemimpin bersama rakyat ini..

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

Wednesday, June 2, 2010

Hentikan Segera Pencabulan Keatas Gaza



Kami sekeras-kerasnya mengutuk tindakan Rejim Zionis melakukan serangan Keatas Misi Bantuan Kemanusiaan kerana tindakanya yang keterlaluan menyerang kapal Mavi Marvara yang membawa ramai petugas kemanusiaan bagi misi ini.

Serangan yang dilancarkan Tentera Komando Israel melibatkan 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang dan mereka semua disahkan selamat oleh Wisma Putra tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel.

Kutukan dan desakan dari pemimpin negara sudah kedengaran,tetapi dimanakah suara-suara pemimpin pembangkang bagi mengutuk kekejaman israel ini.

Dimana Ketua Pembangkang,DSAI yang dikatakan rapat dengan rejim zionis. Dimana pemimpin DAP, mana hilangnya Nik Aziz, Hadi Awang kenapa semua diam membisu seperti merelakan tindakan rejim zionis ini. Adakah mereka semua bacul dan takut bagi mempertahankan Rakyat Palestin yang sememangnya memerlukan sokongan dari Masyarakat Islam bagi membela mereka.

Jangan hanya menggunakan nama Islam untuk berpolitik, tetapi takut untuk mempertahan dan membela kesucian islam dari tindakan bangsa yahudi. Sama-sama kita doakan semua petugas misi kemanusiaan ini selamat sampai ke Gaza.