Thursday, November 18, 2010

Majlis Qurban Bersempena Hari Raya Aidiladha Peringkat Kampung Rimba Terjun







Majlis Qurban Peringkat Kampung Rimba Terjun telah selamat diadakan dan berjalan dengan lancar. Majlis diadakan di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah bermula kira-kira jam 10 pagi. Pada Majlis Qurban ini, 5 ekor lembu telah dikorbankan termasuk 2 ekor kambing bagi tujuan aqiqah.

Pergerakan Pemuda UMNO Rimba Terjun bersama-sama UMNO Cawangan Rimba Terjun, Pergerakan Puteri dan pergerakan Wanita ingin merakamkan Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang mengunjungi blog kami.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan Malaysia Ke-53 Tahun

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 Tahun

Dari Kami
Warga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun

Bersama-Sama Kepemimpinan

JA CLUB
Yang Dinanungi Oleh :

Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan
( Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai )
Bersama-Sama Ahli Jawatankuasanya.

Salam Kemerdekaan
1 Malaysia
Menjana Transformasi

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan JA CLUB



Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan JA CLUB telah diadakan pada 29/08/2010 bertempat di Tanjung Piai Resorts. Majlis ini turut dihadiri oleh Penaung JA CLUB, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Dalam ucapan ringkas Y.Bhg. Dato', beliau melahirkan rasa gembira kerana majlis sebegini dapat dianjurkan bersama Kepimpinan JA CLUB dan bersama keluarga masing-masing. Majlis diakhiri dengan peyampaian cenderamata dan sesi bergambar bersama semua Kepimpinan JA CLUB.

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Ramadhan JA CLUB 2010


Majlis Sumbangan Ramadhan Dan Berbuka Puasa Anjuran JA CLUB yang dinaungi oleh Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Majlis Sumbangan Ramadhan Dan Berbuka Puasa yang pada tahun ini masuk tahun ke 3 acara kemasyarakatan ini dianjurkan, bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

Majlis kali ini dianjurkan di 2 DUN dalam kawasan Parlimen Tanjong Piai. Bagi DUN Kukup, Majlis diadakan di Masjid Jamek Kampung Rambah pada 27/08/2010 dan bagi DUN Pekan Nanas, Majlis diadakan di Surau Parit Baru pada 28/08/2010. Majlis turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang berada diadalam kawasan DUN tersebut.


Friday, August 20, 2010

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Ramadhan

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Ramadhan yang akan disampaikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan bertempat di :

Masjid Jamek Kampung Rambah Pontian
( DUN Kukup )
Hari Jumaat, 27hb Ogos 2010

Surau Parit Baru Pekan Nenas Pontian
( DUN Pekan Nenas )
Hari Sabtu, 28hb Ogos 2010

Majlis Sumbangan Ramadhan akan disampaikan kepada Golongan Yang Kurang Berkemampuan, Golongan Ibu Tunggal, dan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Monday, August 16, 2010

Marhaban Ya Ramadhan


Seluruh Warga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pengunjung yang mengunjungi blog kami.

Thursday, July 22, 2010

Pertandingan Kompang Berjidor Ditunda

Pihak penganjur ingin memohon maaf kepada peserta yang akan menyertai Pertandingan Kompang Berjidor yang dijadualkan berlangsung pada 23 & 24Hb. Julai 2010 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak.

Ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Pengerusi serta AJK Biro Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Tanjong Piai ingin memohon maaf diatas penangguhan ini. Sebarang tarikh baru akan diputuskan kelak.

Sekian Terima Kasih...

Tuesday, July 20, 2010

Pemuda UMNO Tanjong Piai & UMNO Bahagian Selesai Bersidang


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai telah selamat bersidang pada 4Hb. Julai 2010 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail Pekan Nanas. Persidangan dirasmikan oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sdr.Syafiqurrahman Bin Samsudin yang juga merupakan EXCO Angkat Pemuda UMNO Tanjong Piai. Majlis turut dihadiri oleh Y.B Datuk Mohd Osman Yusof, Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai Merangkap ADUN Kawasan Kukup, Y.Bhg Datuk Nasir Bin Safar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Piai. Majlis tamat kira-kira jam 4.30 petang.


UMNO Bahagian Tanjong Piai telah selamat bersidang pada 11Hb. Julai 2010 bertempat di Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian. Persidangan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Hadir sama pada Persidangan ini Ketua UMNO Datuk Osman Yusof, Timbalan Ketua UMNO Datuk Nasir Safar, Naib Ketua UMNO Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan, Ketua Pemuda,Wanita Dan Puteri UMNO Bhagian Tanjong Piai. Majlis berakhir jam 4.30 Petang.

Wednesday, June 30, 2010

Ucapan Takziah

Kami Warga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun ingin Merakamkan Ucapan Takziah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan diatas kembalinya Ayahandanya yang tercinta Allahyarham Tuan Haji Atan Bin Md. Taib Ke Rahmatullah pada 29/06/2010 kira-kira jam 2.30 pagi.

Semoga Roh Allahyarham dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Dikalangan Para Syuhada

إنا لله وإنا إليه راجعون

AL-FATIHAH

Karnival Juara Rakyat




Karnival Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai yang diadakan baru-baru ini mendapat sokongan yang memberangsangkan dari penduduk Tanjong Piai khasnya dan Penduduk Pontian amnya. Majlis berlangsung kira-kira jam 8.30 Pagi dan Dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Mohd Osman Yusof.

Didalam karnival ini,beberapa acara diadakan seperti Pameran dari Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pontian, Pendaftaran Keahlian UMNO dan Pendaftaran Daftar Pemilih yang dikendalikan oleh Pemuda UMNO Tanjong Piai.

Selain itu diadakan Pertandingan Futsal yang berjaya menarik penyertaan seramai 58 pasukan dan berjaya menarik minat pasukan dari luar antaranya dari Kota Tinggi, Johor Bahru dan Melaka. Johan Pertandingan Futsal dimenangi pasukan dari Johor Bahru iaitu Pasukan Absa (A), Naib Johan digondol Pasukan dari Melaka iaitu Gurun FC dan tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan dari Johor Bahru iaitu Pasukan Equal FC dan Katana FC.

Dalam ucapan ringkas perasmian oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, beliau melahirkan rasa gembira diatas pendekatan yang diambil oleh Pengerusi Biro Belia Dan Sukan UMNO Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Hj. Atan kerana berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini bagi merapatkan silaturahim diantara pemimpin dan masyarakat setempat. Beliau juga berharap agar Biro Belia Dan Sukan dapat mengatur lebih banyak lagi acara seperti ini bagi melahirkan masyarakat yang sihat disamping memupuk semangat perpaduan dan melahirkan masyarakat yang harmoni.

Majlis ini mendapat kerjasam dari pelbagai pihak diantaranya Majlis Belia 4B Daerah Pontian dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pontian. Majlis Penyampaian hadiah disampaikan oleh Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan. Majlis berakhir kira-kira jam 10.00 Malam..

Friday, June 25, 2010

Juara Rakyat

Karnival Juara Rakyat Anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama Pengerusi Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan , Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjong Piai dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Pontian yang akan diadakan pada 27 Hb. Jun 2010 bertempat di IM Futsal Centre Pontian.

Majlis akan dirasmikan oleh Y.B Datuk Mohd Osman Hj. Yusof, ADUN Kawasan Kukup merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai.

Diminta semua penduduk yang tinggal berdekatan dapat sama-sama memeriahkan majlis pemimpin bersama rakyat ini..

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

Wednesday, June 2, 2010

Hentikan Segera Pencabulan Keatas Gaza



Kami sekeras-kerasnya mengutuk tindakan Rejim Zionis melakukan serangan Keatas Misi Bantuan Kemanusiaan kerana tindakanya yang keterlaluan menyerang kapal Mavi Marvara yang membawa ramai petugas kemanusiaan bagi misi ini.

Serangan yang dilancarkan Tentera Komando Israel melibatkan 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marvara yang diserang dan mereka semua disahkan selamat oleh Wisma Putra tetapi kini ditahan di Haifa oleh pihak berkuasa Israel.

Kutukan dan desakan dari pemimpin negara sudah kedengaran,tetapi dimanakah suara-suara pemimpin pembangkang bagi mengutuk kekejaman israel ini.

Dimana Ketua Pembangkang,DSAI yang dikatakan rapat dengan rejim zionis. Dimana pemimpin DAP, mana hilangnya Nik Aziz, Hadi Awang kenapa semua diam membisu seperti merelakan tindakan rejim zionis ini. Adakah mereka semua bacul dan takut bagi mempertahankan Rakyat Palestin yang sememangnya memerlukan sokongan dari Masyarakat Islam bagi membela mereka.

Jangan hanya menggunakan nama Islam untuk berpolitik, tetapi takut untuk mempertahan dan membela kesucian islam dari tindakan bangsa yahudi. Sama-sama kita doakan semua petugas misi kemanusiaan ini selamat sampai ke Gaza.

Wednesday, May 19, 2010

Mesyuarat Serentak UMNO,Wanita,Pemuda Dan Puteri UMNO Cawangan Rimba Terjun

UMNO Cawangan Rimba Terjun akan mengadakan Persidangan pada hari sabtu ini jam 3.00 Petang bertempat di Balai Raya Kampung Rimba Terjun.

Sebelum Mesyuarat UMNO ini diadakan, terlebih dahulu Sayap Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO akan Mengadakan Persidangan Mereka pada hari yang sama bermula jam 2.00 Petang.

Sekian Untuk Makluman..

Bersatu,Bersedia,Berkhidmat.

S/U Pemuda UMNO Rimba Terjun.

Thursday, April 29, 2010

Empat Individu Dilantik Senator

Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor adalah antara empat Senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara.

*Tahniah kepada Sdr. Ezam diatas perlantikan sebagai senator. Pihak PPURIMBATERJUN menyokong keputusan kerajaan melantik beliau kerana beliau adalah diantara pejuang yang aktif dalam memerangi rasuah.

Monday, April 26, 2010

Keputusan Rasmi PRK Hulu Selangor

Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.

1. P. Kamalanathan (BN): 24,997

2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272

Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935

Peratus/Percentage: 75.87

Undi rosak/Spoilt votes: 731

Majoriti/Majority: 1,725

Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)

Barisan Nasional berjaya merampas kembali Parlimen Hulu Selangor

Tahniah pada jentera Pilihanraya dan Pengundi di Hulu Selangor

Gelombang Biru sudah bermula di seluruh Malaysia

Sunday, April 25, 2010

BN Menang

Calon Barisan Nasional P Kamalanathan berjaya menewaskan Calon PKR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1815 undi. Keputusan rasmi akan diumumkan bila-bila masa. Tahniah BN.

Berikut Keputusan Di Tempat-Tempat Mengundi :

PERTAK: BN 98 PKR 18

SKC BERNAM : BN 265 PKR 145

UNDI POS : BN 767 PKR 120

ULU YAM LAMA : BN 176 PKR 415

LADANG 15 : BN 265 PKR 145 (peti undi india)

BKT BERUNTUNG : BN 454 PKR 588

SG BUAYA : BN 246 PKR 39

KUALA KUBU BARU : BN 794 PKR 853

KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98

TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85

AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578

KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175

SUNGAI CHOH : BN MENANG 324

BN Mesti Menang Di Hulu Selangor


Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas bagi memberi penjelasan kepada rakyat. Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok. Akibatnya, jalan raya menuju ke Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung yang menjadi lokasi ceramah sesak teruk sepanjang tiga kilometer kerana ‘diserang’ kira-kira 5,000 orang.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pilihan raya itu akan menjadi detik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN). “Hanya parti yang ada gagasan, wawasan, dasar serta rekod pentadbiran sahaja yang mampu buat perubahan pada rakyat dan negara,” katanya.

Sementara itu Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan hujah mana-mana pihak yang mahu mengwujudkan sistem dua parti di negara ini.

Katanya, sistem tersebut tidak akan mendatangkan faedah kepada negara sebaliknya hanya akan menyebabkan parti-parti yang terlibat hanya menghabiskan masa berpolitik. ‘‘Apabila keadaan itu berlaku, ini akan menyebabkan tumpuan kepada usaha bagi membangunkan negara tidak akan dapat dilaksanakan. Ia akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita,” katanya.

Bekas Perdana Menteri juga berkata, beliau memberi sokongan kepada Najib untuk terus menerajui negara ini ke arah kecemerlangan. ‘‘Saya hanya sokong orang yang boleh buat kerja, saya ini seorang yang susah menyokong orang, kalau dia boleh buat kerja saya sokong,”

Monday, April 19, 2010

Majlis Pelancaran JA CLUB



Majlis Pelancaran JA CLUB telah disempurnakan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai yang juga Penaung JA CLUB, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan. Majlis bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan aktivito gotong royong membersihkan kawasan Surau Al- Hidayah Parit Jerman Pontian.

Y.Bhg Dato' juga turut sama membantu membersihkan kawasan surau tersebut. Objektif penubuhan JA CLUB berkonsepkan kelab kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 1999. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk di kawasan Tanjung Piai khususnya dan seluruh negara amnya. Kelab ini juga sering membuat kerja-kerja amal bagi membantu penduduk di daerah Pontian.

Laman JA CLUB juga boleh diakses melalui Laman Facebook yang ditubuhkan bagi memudahkan masyarakat khasnya penduduk Tanjong Piai untuk menyalurkan maklumbalas dan berkongsi pendapat mengenai aktiviti kebajikan dikawasan Tanjong Piai.

Orang Kuat PKR Umum Keluar Parti

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu. Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.


Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar. Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.


Calon PKR Hulu Selangor



Sumber : Gerakan Anti PKR (GAP)

Sunday, April 18, 2010

Pertandingan 4 Penjuru Di Hulu Selangor


Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini, bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Selain calon BN, P. Kamalanathan,44 dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, 59, dua lagi calon yang disahkan layak untuk bertanding atas tiket Bebas ialah bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor, VS. Chandran, 56 dan seorang peniaga, Johan Md.Diah, 31.

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahalan ketika mengumumkan perkara itu berkata, tiada bantahan dikemukakan sepanjang proses penamaan berlangsung yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Sebelum itu, Zaid merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan iaitu pada pukul 9.06 pagi, diikuti Kamalanathan pada pukul 9.30 pagi. Chandra pula menyerahkan borang itu pada pukul 9.34 pagi, sebelum diikuti oleh Johan kira-kira dua minit kemudian.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Tuesday, April 6, 2010

Karpal Singh Biadap - PERKASA

Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

"Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,'' kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia.

Ibrahim berkata, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda sampai bila-bila dan perkara ini telah dipersetujui di Parlimen selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

"Karpal tahu mengenai perkara ini kerana dia seorang peguam yang berpengalaman.

"Namun dia sengaja mengguris hati orang Melayu dan tidak pernah serik untuk melakukannya berulang kali,'' tegas Ibrahim lagi.

Beliau berkata, Karpal secara terang-terangan membawa agenda DAP yang mahu merosakkan kerangka Perlembagaan dalam usaha memperkenalkan dasar Middle Malaysia mereka.

"Esok Perkasa akan membuat laporan polis berkenaan hal ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal,'' katanya.

Thursday, April 1, 2010

Provokasi Pembangkang Di Perak Gagal

Pembangkang Memang Biadap

Seperti biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang. Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri. Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.

Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat. Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit. Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini? Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.

Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri. Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

Sumber:Utusan Malaysia

Saturday, March 13, 2010

Edisi Khas : Terima Kasih Sdr. Ezam Md. Nor

Ketibaan Sdr. Ezam disambut oleh
Ketua Penerangan UMNO Rimba Terjun,
En. Abdul Kamal Bin Suboh (Berbaju Batik).


Bersama-sama ADUN Kawasan Kukup,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Piai.








Majlis Ceramah Perdana anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama dengan UMNO Cawangan Rimba Terjun berjalan dengan jayanya. Majlis yang dihadiri hampir 800 orang dari pelbagai bangsa dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Saudara Ezam, banyak isu yang dijelaskan termasuklah Isu yang membabitkan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Isu enjin Kapal terbang, isu pembelian kapal selam, dan isu liwat yang membabitkan DSAI dengan Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Dalam masa yang terdekat ini, kami akan menguploadkan segala video yang disampaikan oleh Sdr. Ezam dan segala pembongkaran mengenai isu-isu yang disampaikan serta permohonan maafnya didalam ceramah yang beliau sampaikan.

Monday, March 8, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul








Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung Rimba Terjun telah diadakan pada hari Sabtu, 6/3/2010 di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah. Majlis bermula sekitar 8.30 pagi dan dimulakan dengan perarakan dari 2 lokasi berbeza iaitu dari Agensi Antidadah Kebangsaan (Bhg. Barat) dan dari Sek.Keb Rimba Terjun (Bhg. Timur).

ADUN Kawasan Kukup merangkap Ketua UMNO Bhg. Tanjung Piai, Datuk Mohd Osman Yusof turut hadir sama bagi meraikan Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis syarahan pula disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Razak, Timbalan Pengarah Falak, Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis berakhir kira-kira jam 1 tengahari.