Monday, July 6, 2009

Pertandingan Tarik Tali Anjuran Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjung Piai





Pertandingan Tarik Tali Anjuran Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjung Piai telah diadakan pada 5/7/2009 Hari Ahad Bertempat di Padang JPS Rambah.Pertandingan tersebut bermula kira-kira jam 10.00 pagi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Mohd Osman B. Hj. Yusoff, ADUN Kaw. Kukup merangkap Ketua UMNO Bhg. Tg. Piai. Dalam ucapan perasmian tersebut, Y.B Datuk mengucapkan tahniah kepada Biro Belia & Sukan kerana berjaya menganjurkan aktiviti riadah dan sukan seperti ini. Beliau juga berharap, pada masa akan datang Biro Belia & Sukan dapat menganjurkan aktiviti yang boleh disertai oleh sayap parti terutamanya kaum wanita.

Dalam ucapan ringkas Pengerusi Biro Belia & Sukan merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyertai dan menjayakan pertandingan ini. Beliau juga berharap pada masa akan datang, lebih banyak penyertaan yang diterima jika ia dianjurkan lagi.

Pertandingan ini menyaksikan sebanyak 20 pasukan yang turut serta. Johan pertandingan ini dimenangi oleh Kumpulan PGA6 dari Muar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000. Naib Johan dimenangi oleh Pasukan Permas Besar dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM700. Tempat ke-3 dan ke-4 dimenangi oleh Pasukan Tukang Masak dan Pasukan Hijrah dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 dan Rm300.

Pertandingan berakhir kira-kira jam 2.30 tengahari.

No comments:

Post a Comment