Friday, July 17, 2009

Kurangkan 95 Peratus Majoriti Kemenangan Pas Satu Kejayaan


Kuala Lumpur –- Pemuda UMNO mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pengundi di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai Kelantan yang menyokong Barisan Nasional (BN) sehinggakan majoriti kemenangan Pas berkurangan sebanyak 95 peratus. Ketuanya,Y.B.Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan satu kejayaan berbanding keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12), iaitu daripada 1,352 undi kepada 65 di samping kemenangan BN di lima daripada sembilan peti undi,di sebalik kedudukan Manek Urai sebagai salah satu kubu kuat Pas.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon BN,Tuan Aziz Tuan Mat, atas semangat jitu dan usaha gigih yang dipamerkan sepanjang tempoh berkempen di Manek Urai.

"Sepertimana yang saya sebut dalam ceramah saya di Sungai Peria,tidak pernah saya kenali seorang ahli politik yang amat rendah diri dan ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat."Tidak lupa juga kepada semua ahli jentera kempen BN yang begitu komited,tersusun dan bersatu hati dalam gerak kerja kempen yang dilaksanakan",katanya menerusi laman blog rembau.net.my.Jelas beliau lagi berdasarkan keputusan pada 14 Julai yang lepas, ternyata bahawa perkembangan semasa sokongan pengundi muda sudah mula beralih kepada BN.Ini katanya dapat dilihat berdasarkan kajian kasar ke atas saluran pengundi muda, BN berjaya mengatasi Pas sebanyak tiga peratus dengan undian BN sebanyak 2,038 undi bebanding 1,977 bagi Pas."Kejayaan ini begitu manis sekali memandangkan reaksi dan gelagat pimpinan Pas yang mempersendakan pandangan saya bahawa terdapat ramai penyokong dan ahli Dewan Pemuda Pas dan belia yang bakal beralih arah menyokong BN kali ini.

"Ini termasuk tindakan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, yang memperlekehkan isu "kerajaan perpaduan" dan sekatan ke atas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, daripada berkempen di Manek Urai oleh pesaingnya yang kalah, Datuk Husam Musa. Mungkin ada hikmah disebaliknya", ujar beliau.

Tambahnya lagi sekalipun tidak menang, beliau berasa begitu bersyukur dengan pencapaian ini bukan sahaja dari segi keputusan undi malahan dari aspek gerak kerja yang dizahirkan."Saya yakin ini juga merupakan satu petunjuk positif bagi keyakinan rakyat bersempena dengan 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak", katanya.





No comments:

Post a Comment