Tuesday, June 30, 2009

Pelancaran Logo 1 Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

Keterangan logo 1 Malaysia :
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sumber : Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan

UMNO Mampu Tarik Golongan Muda

PUTRAJAYA 29 Jun - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Terengganu mampu memikul tanggungjawab lebih besar demi masa depan parti dan rakyat negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, keyakinan itu berasaskan kepada jaminan mereka untuk membantu UMNO Pusat melaksanakan semua langkah bagi mengukuhkan sokongan golongan muda kepada parti tersebut.

''Dalam politik tidak ada jaminan tetapi sekurang-kurangnya perbincangan hari ini tidak berkisar kepada kumpulan tertentu," katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan lebih tiga jam bersama Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Terengganu di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyatakan kesediaan untuk menjadi 'jambatan' bagi merapatkan hubungan antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang dilihat mampu mengukuhkan lagi perpaduan ahli di semua peringkat.

''Masalah dalam parti bukan perkara baru, kita sudah buat pemantauan dan kadang-kadang ia berkisar kepada personaliti dan perkara-perkara lama yang berhubung kait di peringkat bahagian dan Pusat.

''Saya sudah bagi masa kepada mereka melihat permasalahan tersebut sebagai sejarah dan kini fokus ke depan demi keutuhan parti,'' katanya.

Beliau tidak menganggap tugas dan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sebagai berat jika ahli-ahli parti menerimanya dengan hati terbuka dan ikhlas.

''Kita sudah jauh lebih baik dari dulu, kita sudah merancang pelbagai agenda dan program dalam masa terdekat sejajar dengan arus gelombang perpaduan Melayu,'' katanya.

Monday, June 29, 2009

Calon Barisan Nasional DUN N41 Manek Urai


KUALA KRAI, 29 Jun – Sebagai calon pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat merupakan produk anak tempatan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang profesional malah terbukti aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat setempat.
Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.
Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.
Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.
Penglibatan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pengurusan Teknologi itu dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial seperti Majlis Belia, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) banyak menyerlahkan keprihatinannya terhadap masalah dan agenda semasa yang dilalui oleh rakyat dan golongan muda melalui pelbagai aktiviti.
Justeru, telah terbukti bahawa kejayaan cemerlang Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai ini mampu menjadi wadah kepada masyarakat untuk kesinambungan pembangunan dan kemajuan masyarakat kekal utuh bersama Barisan Nasional.
Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pilihlah BN.

Saturday, June 27, 2009

Ucapan Ketua PPU Cawangan Rimba Terjun

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu,saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kerana PPU Cawangan Rimba Terjun berjaya melancarkan laman blognya dengan secara rasmi

Tujuan penubuhan blog ini adalah seiring dengan kepesatan sains dan teknologi, saya rasa tidak ada salahnya kita mengambil peluang ini untuk menyebarkan maklumat dan info-info terkini mengenai keadaan politik semasa dikawasan masing-masing. Kita semua sedia maklum bahawa pihak pembangkang menyalah gunakan Blogger sebagai tempat untuk menghentam kepimpinan dalam negara,menyebarkan benih-benih fitnah yang merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan bertanggungjawab.

Pihak pembangkang sengaja mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan maklumat yang salah dan rata-rata pelayar Laman Blog adalah dari golongan muda yang merupakan bakal pelapis kepada kepimpinan pada masa akan datang. Inilah masa yang terbaik kita menarik kembali golongan ini umtuk membantu merapatkan kembali saf-saf kepimpinan dalam UMNO.

Berilah sokongan kepada kami agar kami dapat memperbaiki mutu penulisan & info-info dalam Blog ini. Saya juga berharap agar Pergerakan pemuda UMNO diseluruh negara mengambil inisiatif ini untuk mewujudkan Blog dikawasan masing-masing. Kami juga mengharapkan maklumbalas cadangan dari anda semua. Sebarang cadangan & maklumbalas, boleh terus emailkan kepada kami di pemudarimbaterjun@yahoo.com.my. Sekian Terima Kasih.

1 Malaysia
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

Barisan Kepimpinan PPU Cawangan Rimba Terjun 2008-2011


Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan:

Sdr. Mohamad Hafif Bin Abdul Kamal

Naib Ketua Pemuda Cawangan:
Sdr. Nasarudin Bin Jumaat

Setiausaha Pemuda Cawangan:
Sdr. Mohd. Nazir Bin Abdul Kamal

Ketua Penerangan Pemuda Cawangan:
Sdr. Mohd. Fathullah Bin Babol

Bendahari Pemuda Cawangan:
Sdr. Azmi Bin Jamaluddin

Ahli Jawatankuasa:
Sdr.Yazid Bin Abdul Wahab
Sdr. Mohd. Hamka Bin Abdul Kamal
Sdr. Khalid Bin Ardinan
Sdr. Adaham Bin Karim
Sdr. Salahuddin Bin Othman
Sdr. Md. Zam Zuraini Bin Azman
Sdr. Noor Azam Bin Abdul Kamal
Sdr. Afandi Bin Sahadi
Sdr. Amirudin Bin Sahar
Sdr. Azhar Bin Abu Bakar

Friday, June 26, 2009

Mesyuarat UMNO Cawangan Rimba Terjun



UMNO Cawangan Rimba Terjun telah mengadakan Mesyuarat Tahunannya yang diadakan pada 21 Jun 2009, hari Ahad, Jam 2.30 petang yang lepas.Mesyuarat dihadiri oleh semua ahli UMNO dari ketiga-tiga sayap parti Wanita,Pemuda & Puteri. Pada Hari tersebut juga, Pergerakan Wanita UMNO & Puteri UMNO mengadakan Mesyuarat tahunanya lebih awal dari mesyuarat UMNO Cawangan. Mesyuarat UMNO Cawangan Rimba Terjun telah diselaras oleh AJK UMNO Bhg. Tanjong Piai, Tn. Haji Wahid Bin Tamin. Pemimpin-pemimpin peringkat cawangan hadir bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap Parti Keramat UMNO.

Dalam Mesyuarat tersebut,UMNO Cawangan Rimba Terjun telah memilih 5 orang Wakil Cawangan ke Perhimpunan UMNO Bahagian dan memilih 7 orang Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia. Berikut adalah senarai nama yang dicadangkan dan mendapat persetujuan ahli UMNO Cawangan Rimba Terjun :

5 Orang Wakil Cawangan Ke Perhimpunan UMNO Bahagian Tanjong Piai :
1. Y.Bhg. Dato' Haji Abdullah Bin Haji Joned
2. En. Abdullah Bin Rahmat (Timb. Ketua UMNO Cawangan)
3. En. Abdul Kamal Bin Suboh (Ketua Penerangan UMNO Cawangan)
4. En. Azman Bin Adan (Setiausaha UMNO Cawangan)
5. Pn. Hjh Hawa Binti Suboh (Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan)

7 Orang Wakil Bahagian Ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia (G7)
(Cadangan Dari Cawangan Rimba Terjun) :
1. Y.Bhg. Dato' Haji Abdullah Bin Haji Joned
2. En. Zahrul Lail Bin Hj Moez
3. En. Bahrin Bin Kailan
4. Pn. Zarina Binti Bain
5. Tn. Haji Wahid Bin Tamin
6. Pn. Jamatonesak Binti Hj. Awang
7. Tn. Haji Malek Bin Ibrahim
Majlis Tamat Kira-Kira Jam 5.10 Petang.

Sunday, June 21, 2009

Mesyuarat Pemuda UMNO tahun 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun baru selesai mengadakan Mesyuarat Tahunan yang diadakan pada 20hb. Jun 2009,Jam 8.30 malam.Mesyuarat ini dirasmikan dan disempurnakan dari Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Tanjong Piai yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian, Sdr. Nazrol Hassan Bin Mohd. Min.Dalam ucapan ringkas beliau ada mengingatkan mengenai pengukuhan sesuatu cawangan itu bergantung kepada kepercayaan dan tanggungjawab dari ahli pemuda akar umbi.Kerjasama yang diberikan kepada Ketua Pemuda juga merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan dan pengukuhan institusi pemuda di setiap cawangan.Beliau juga ada mengingatkan,jangan terlalu meletakkan tanggungjawab pada bahu ketua seorang saja.Tetapi kerjasama dari setiap ahli pemuda UMNO cawangan penting bagi memastikan segala program yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pada Mesyuarat ini juga,Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun telah memilih 2 wakil Pemuda Cawangan ke Persidangan Pemuda Bahagian dan memilih 2 orang wakil Pemuda Bahagian ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia,berikut adalah senarai nama yang diusulkan:

Memilih 2 Wakil Pemuda Cawangan ke Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian:
1. Sdr. Mohd. Nazir Bin Abdul Kamal (Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan)
2. Sdr. Mohd Fathullah Bin Babol (Ketua Penerangan Pemuda Cawangan)

Memilih 2 Wakil Pemuda Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia:
1. Sdr. Khairil Hafiz Bin Rahmat (Ketua Pemuda UMNO Parit Raja)
2. Sdr. Norhisham Bin Othman (Ketua UMNO Serkat)

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua UMNO Cawangan,Tn.Hj. Ibrahim Bin Mohamad,Timbalan Ketua UMNO Cawangan En Abdullah Rahmat,Setiausaha UMNO Cawangan En Azman Bin Adan,Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan En Othman Bin Abdul Rahman,Ketua Wanita Pn. Jamatonisak Binti HJ. Awang serta Ketua Penerangan UMNO Cawangan, En. Abdul Kamal Bin Suboh.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.00 malam.

Program 10,000 Langkah Kearah Rakyat Sihat & Cergas

Penganjuran program 10,000 langkah yang dianjurkan baru-baru ini mendapat sambutan dari penduduk kampung Rimba Terjun yang kehadiran dianggarkan mencecah 150 orang.Majlis bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan senamrobik.Kemudian para peserta dibahagikan kepada beberapa katagori bagi mempermudahkan pasukan keselamatan mengawal lalulintas ketika acara ini berlangsung.Kami Dari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun bersama-sama menjayakan program tersebut.Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Usia Emas Kampung ini dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pontian.Turuh hadir memberi sokongan dan kerjasama pada program ini ialah Ketua Wanita UMNO Bhg. Tanjong Piai,Wakil MCA Bhg. Tanjong Piai,Ketua UMNO Cawangan Rimba Terjun,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri serta AJK Cawangan Rimba terjun.






Turut sama membantu dari segi keselamatan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Rela Daerah Pontian, KPRM Mukim Rimba Terjun, En. Abdul Kamal Bin Suboh serta pihak Polis yang turut memberikan bantuan pada hari tersebut.

Majlis berakhir kira-kira jam 10.00 pagi.