Monday, December 28, 2009

Tun Mahathir Sindir Majlis Peguam

Tulisan Tun Dr M secara sinis menyindir Majlis Peguam yang kecewa dengan tindakan Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi agar SPRM tidak menyiasat "suspek" selepas waktu bekerja.

Bekerja Selepas Waktu Bekerja

1. Seperti juga Majlis Peguam saya turut kecewa dengan tindakan Mahkamah Rayuan membatalkan arahan Mahkamah Tinggi agar SPRM tidak menyoal siasat suspek selepas waktu bekerja.

2. Kita wajar menghormati waktu bekerja. Penjenayah tidak sepatutnya melakukan jenayah diluar dari waktu bekerja. Semestinya polis juga tidak melakukan siasatan jenayah selepas waktu bekerja dan ahli bomba tidak memadamkan kebakaran diluar dari waktu bekerja.

3. Perkara yang sama juga terpakai ketika hari minggu dan dihari kelepasan am. Tiada soal siasat oleh SPRM, tiada usaha banteras jenayah dan tiada usaha memadamkan kebakaran semasa cuti minggu dan hari kelepasan am.

4. Bagaimana dengan politik dan ahli politik? Iya, mereka jug atidak wajar berpolitik diluar dari waktu bekerja.

5. Jika kita mempunyai lebih banyak hari cuti/kelepasan am, sudah tentu kadar jenayah akan berkurangan kerana penjenayah tidak bekerja diluar waktu bekerja.

Sumber: Chedet


Friday, December 18, 2009

Angka 66-63

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan' kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.

Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.

Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan' kerajaan secara lebih demokratik.

Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Thursday, December 10, 2009

Pembinaan Masjid Dipertikaikan Oleh DAP Laknat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membidas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana mempertikaikan peruntukan kerajaan bagi membina 611 buah masjid sepanjang tempoh 2000 hingga tahun lalu.

''Harus diingat! mengikut Perkara 12 (2), Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri hanya boleh mengeluarkan peruntukan kepada agama Islam dan bukannya kepada agama lain.

Sedangkan, kata Kor Ming, Kerajaan Pusat hanya memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk bantuan semua institusi ibadat bukan Islam bagi tempoh 2003 hingga 2008. April lalu, Kor Ming pernah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan ayat al-Quran dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Lihatlah, betapa celakanya si kafir laknat DAP yang mempertikaikan Rumah Suci Allah. Masyarakat Islam dalam negara ni tidak pernah mempertikaikan pembinaan kuil dan tokong yang besar dibina oleh mereka di kawasan majoriti penduduk Islam. Inilah padahnya apabila Pemimpin Islam Pembangkang bekerjasama dengan si kair laknat ni tetapi apabila kenyataan sebegini dikeluarkan tiada kenyataan Balas untuk mempertahankan Islam yang dikeluarkan oleh Nik Aziz mahupun Anuar Ibrahim.

Wednesday, December 2, 2009

TPM Merasmikan Stesen Janakuasa Tanjung Bin Power Plant





Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan aktiviti dan amalan gaya hidup mesra alam sekitar bagi menjadikan Malaysia Teknologi Hijau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan RM1.52 bilion Bajet 2010 bagi mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan industri teknologi hijau di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Loji Janakuasa Tanjung Bin di Serkat dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Hadiah Untuk Pemimpin Pakatan Rakyat



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah menetapkan perbicaraan kes liwat Anwar selama sebulan mulai 25 Januari tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah membatalkan pertuduhan

Hakim juga menyatakan bahawa hanya dengan menunjukkan sebahagian pasukan pendakwa raya pada kes ini adalah sama dalam kes liwat 1998 tidak cukup untuk mahkamah menyatakan pasukan pendakwa raya berat sebelah dan tuduhan kali ini berniat jahat."

Yang Hak Pasti Berdiri,
Yang Batil Pasti Jatuh..

Tuesday, December 1, 2009

Selamat Datang TPM


Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin akan mengadakan lawatan kerja ke Daerah Pontian pada hari ini (Selasa,01/12/2009)

Antara jadual lawatan singkat beliau:

10.00 pagi
- Merasmikan Loji Janakuasa Tanjung Bin
01.00 tgh - Menghadiri Perjumpaan pemimpin bersama rakyat bertempat di Taman Rekreasi Sungai Rambah

Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Rimba Terjun mengalu-alukan kedatangan TPM ke Daerah Pontian khususnya bagi melawat Kawasan Parlimen Tanjong Piai.

Nik Aziz Harus Bertaubat

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO adalah tidak masuk akal dan Keterlaluan apatah lagi beliau adalah seorang Umat islam.

Memetik kepada laporan akhbar mStar online mungkin ini adalah tanda-tanda atas keceluparan beliau mengeluarkan kenyataan yang menyimpang dari ajaran islam. Rakan blogger RBF ada butiran yang dianggap logik mengapa kejadian tersebut menimpa seorang ULAMA yang bergelar TOK GURU. Klik Ruangbicarafaisal.