Thursday, April 29, 2010

Empat Individu Dilantik Senator

Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor adalah antara empat Senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara.

*Tahniah kepada Sdr. Ezam diatas perlantikan sebagai senator. Pihak PPURIMBATERJUN menyokong keputusan kerajaan melantik beliau kerana beliau adalah diantara pejuang yang aktif dalam memerangi rasuah.

Monday, April 26, 2010

Keputusan Rasmi PRK Hulu Selangor

Berikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan hari ini.

1. P. Kamalanathan (BN): 24,997

2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272

Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935

Peratus/Percentage: 75.87

Undi rosak/Spoilt votes: 731

Majoriti/Majority: 1,725

Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)

Barisan Nasional berjaya merampas kembali Parlimen Hulu Selangor

Tahniah pada jentera Pilihanraya dan Pengundi di Hulu Selangor

Gelombang Biru sudah bermula di seluruh Malaysia

Sunday, April 25, 2010

BN Menang

Calon Barisan Nasional P Kamalanathan berjaya menewaskan Calon PKR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1815 undi. Keputusan rasmi akan diumumkan bila-bila masa. Tahniah BN.

Berikut Keputusan Di Tempat-Tempat Mengundi :

PERTAK: BN 98 PKR 18

SKC BERNAM : BN 265 PKR 145

UNDI POS : BN 767 PKR 120

ULU YAM LAMA : BN 176 PKR 415

LADANG 15 : BN 265 PKR 145 (peti undi india)

BKT BERUNTUNG : BN 454 PKR 588

SG BUAYA : BN 246 PKR 39

KUALA KUBU BARU : BN 794 PKR 853

KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98

TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85

AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578

KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175

SUNGAI CHOH : BN MENANG 324

BN Mesti Menang Di Hulu Selangor


Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas bagi memberi penjelasan kepada rakyat. Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok. Akibatnya, jalan raya menuju ke Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung yang menjadi lokasi ceramah sesak teruk sepanjang tiga kilometer kerana ‘diserang’ kira-kira 5,000 orang.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pilihan raya itu akan menjadi detik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN). “Hanya parti yang ada gagasan, wawasan, dasar serta rekod pentadbiran sahaja yang mampu buat perubahan pada rakyat dan negara,” katanya.

Sementara itu Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan hujah mana-mana pihak yang mahu mengwujudkan sistem dua parti di negara ini.

Katanya, sistem tersebut tidak akan mendatangkan faedah kepada negara sebaliknya hanya akan menyebabkan parti-parti yang terlibat hanya menghabiskan masa berpolitik. ‘‘Apabila keadaan itu berlaku, ini akan menyebabkan tumpuan kepada usaha bagi membangunkan negara tidak akan dapat dilaksanakan. Ia akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita,” katanya.

Bekas Perdana Menteri juga berkata, beliau memberi sokongan kepada Najib untuk terus menerajui negara ini ke arah kecemerlangan. ‘‘Saya hanya sokong orang yang boleh buat kerja, saya ini seorang yang susah menyokong orang, kalau dia boleh buat kerja saya sokong,”

Monday, April 19, 2010

Majlis Pelancaran JA CLUB



Majlis Pelancaran JA CLUB telah disempurnakan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai yang juga Penaung JA CLUB, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan. Majlis bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan aktivito gotong royong membersihkan kawasan Surau Al- Hidayah Parit Jerman Pontian.

Y.Bhg Dato' juga turut sama membantu membersihkan kawasan surau tersebut. Objektif penubuhan JA CLUB berkonsepkan kelab kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 1999. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk di kawasan Tanjung Piai khususnya dan seluruh negara amnya. Kelab ini juga sering membuat kerja-kerja amal bagi membantu penduduk di daerah Pontian.

Laman JA CLUB juga boleh diakses melalui Laman Facebook yang ditubuhkan bagi memudahkan masyarakat khasnya penduduk Tanjong Piai untuk menyalurkan maklumbalas dan berkongsi pendapat mengenai aktiviti kebajikan dikawasan Tanjong Piai.

Orang Kuat PKR Umum Keluar Parti

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu. Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.


Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar. Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.


Calon PKR Hulu Selangor



Sumber : Gerakan Anti PKR (GAP)

Sunday, April 18, 2010

Pertandingan 4 Penjuru Di Hulu Selangor


Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini, bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Selain calon BN, P. Kamalanathan,44 dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, 59, dua lagi calon yang disahkan layak untuk bertanding atas tiket Bebas ialah bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor, VS. Chandran, 56 dan seorang peniaga, Johan Md.Diah, 31.

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahalan ketika mengumumkan perkara itu berkata, tiada bantahan dikemukakan sepanjang proses penamaan berlangsung yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Sebelum itu, Zaid merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan iaitu pada pukul 9.06 pagi, diikuti Kamalanathan pada pukul 9.30 pagi. Chandra pula menyerahkan borang itu pada pukul 9.34 pagi, sebelum diikuti oleh Johan kira-kira dua minit kemudian.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Tuesday, April 6, 2010

Karpal Singh Biadap - PERKASA

Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

"Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,'' kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia.

Ibrahim berkata, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda sampai bila-bila dan perkara ini telah dipersetujui di Parlimen selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

"Karpal tahu mengenai perkara ini kerana dia seorang peguam yang berpengalaman.

"Namun dia sengaja mengguris hati orang Melayu dan tidak pernah serik untuk melakukannya berulang kali,'' tegas Ibrahim lagi.

Beliau berkata, Karpal secara terang-terangan membawa agenda DAP yang mahu merosakkan kerangka Perlembagaan dalam usaha memperkenalkan dasar Middle Malaysia mereka.

"Esok Perkasa akan membuat laporan polis berkenaan hal ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal,'' katanya.

Thursday, April 1, 2010

Provokasi Pembangkang Di Perak Gagal

Pembangkang Memang Biadap

Seperti biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang. Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri. Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.

Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat. Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit. Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini? Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.

Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri. Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

Sumber:Utusan Malaysia