Friday, July 3, 2009

Kabinet Bayangan Tanpa Cahaya


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kabinet bayangan impian pakatan pembangkang mula diperkatakan semula sebagaimana ia pernah ditimbulkan oleh mereka sebagai jalan untuk mengaburi mata rakyat dengan pelbagai isu memalukan yang melanda dalam pakatan mereka.

Pakatan Campuran yang hanya dianggotai oleh tiga parti DAP-PAS-PKR masih dengan retoriknya untuk menarik perhatian masyarakat daripada tertumpu kepada cacat cela yang berlaku dalam tiga pati berlainan idealogi tersebut.

Kononnya, kabinet bayangan tersebut ditubuhkan sebagai badan untuk memantau dan mengkritik gerak kerja yang dilakukan oleh setiap kementerian di bawah pentadbiran BN.

Dengan itu, jelas menunjukkan bahawa tindakan parti-parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak apatah lagi sebelum ini pakatan campuran sememangnya telah lama mengimpikan untuk menubuhkan kerajaan.

Namun demikian, mana mungkin kabinet bayangan tersebut akan berfungsi sedangkan bayang-bayang sendiri hanya akan wujud sekiranya ada cahaya atau sinar yang menerangi. Dalam hal ini, mana mungkin pakatan campuran mampu merialisasikan kabinet bayangan mereka sedangkan jangankan cahaya suram sekalipun yang ada, sebaliknya gelap gelita tanpa nampak apa-apa.

Tentunya juga dengan cubaan mewujudkan kabinet bayangan tersebut, pakatan campuran akan hanya mencari peluang untuk menangguk di air keruh atas apa yang berlaku apatah lagi, terbukti bahawa apa sahaja langkah yang diambil oleh kerajaan akan tetap dikritik dan dianggap negatif.

Dalam hal ini, pernahkah pihak pakatan campuran bersikap positif? Tak usahlah hendak memuji langkah kerajaan malahan untuk menghargai setiap ihsan yang disalurkan juga adalah sesuatu yang mustahil.

Jawabnya, kerana pembangkang tetap pembangkang…. Enggan mengakui kebaikan dari kerajaan yang ditunjangi BN biarpun ternyata bahawa keselesaan dalam negara yang diperoleh adalah hasil limpahan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan BN sendiri.

Fikirlah, dimana tempat tinggal, tempat mendapat pendidikan penuh dari pra sekolah hinggalah ke menara gading, tempat memperoleh bantuan kesihatan secara percuma, tempat yang selamat dengan kawalan dan seliaan pihak berkuasa dan tempat bersosial dalam lingkungan kaum yang pelbagai bangsa dan berbeza agama tinggal bersama?

Nilailah juga, dimana logiknya, hingga perlu wujud kabinet bayangan yang hanya akan menimbulkan kesangsian atas kerajaan BN yang telah lebih 50 tahun menjadi teraju dalam negara.

Sumber : http://umno-online.com

No comments:

Post a Comment