Friday, July 17, 2009

Golongan Muda Mula Yakini BN


SINTOK: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan prestasi yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Manek Urai Selasa lalu sebagai petanda jelas rakyat terutama golongan muda kembali yakin terhadap pemerintahan parti itu. Katanya, keputusan itu menunjukkan usaha Umno dan BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya menarik perhatian golongan muda yang sebelum ini lebih condong untuk memilih pakatan pembangkang.
"Saya lihat ini sebagai petanda yang jelas bahawa Umno sudah diterima kembali tetapi sebagai bekas pemimpin parti ini saya nasihatkan ahli Umno tidak dibuai rasa selesa dan terlalu yakin bahawa mereka boleh mengekalkan prestasi itu pada pilihan raya ke-13 akan datang."Jangan hari ini kita bina jambatan lepas itu dua tiga tahun nanti dekat pilihanraya baru datang jumpa rakyat.sekarang rakyat sudah tidak begitu memandang pembangunan fizikal walaupun ia perlu tetapi mereka mahu sentuhan berterusan dari pemimpin mereka.
"Saya percaya Umno boleh kembali kukuh jika teruskan usaha ini dan semua ahli perlu beri sokongan kepada presiden parti,"katanya selepas melancarkan Pameran Seribu Warna Tun Abdullah Ahmad Badawi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini,semalam.Pameran itu diadakan sempena penganugerahan Doktor Falsafah (Demokrasi) hari ini selain mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri.Hadir sama,isteri beliau,Tun Jeanne Abdullah.

No comments:

Post a Comment