Sunday, April 25, 2010

BN Mesti Menang Di Hulu Selangor


Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas bagi memberi penjelasan kepada rakyat. Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok. Akibatnya, jalan raya menuju ke Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung yang menjadi lokasi ceramah sesak teruk sepanjang tiga kilometer kerana ‘diserang’ kira-kira 5,000 orang.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pilihan raya itu akan menjadi detik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN). “Hanya parti yang ada gagasan, wawasan, dasar serta rekod pentadbiran sahaja yang mampu buat perubahan pada rakyat dan negara,” katanya.

Sementara itu Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan hujah mana-mana pihak yang mahu mengwujudkan sistem dua parti di negara ini.

Katanya, sistem tersebut tidak akan mendatangkan faedah kepada negara sebaliknya hanya akan menyebabkan parti-parti yang terlibat hanya menghabiskan masa berpolitik. ‘‘Apabila keadaan itu berlaku, ini akan menyebabkan tumpuan kepada usaha bagi membangunkan negara tidak akan dapat dilaksanakan. Ia akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita,” katanya.

Bekas Perdana Menteri juga berkata, beliau memberi sokongan kepada Najib untuk terus menerajui negara ini ke arah kecemerlangan. ‘‘Saya hanya sokong orang yang boleh buat kerja, saya ini seorang yang susah menyokong orang, kalau dia boleh buat kerja saya sokong,”

No comments:

Post a Comment