Saturday, March 13, 2010

Edisi Khas : Terima Kasih Sdr. Ezam Md. Nor

Ketibaan Sdr. Ezam disambut oleh
Ketua Penerangan UMNO Rimba Terjun,
En. Abdul Kamal Bin Suboh (Berbaju Batik).


Bersama-sama ADUN Kawasan Kukup,
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Piai.








Majlis Ceramah Perdana anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama dengan UMNO Cawangan Rimba Terjun berjalan dengan jayanya. Majlis yang dihadiri hampir 800 orang dari pelbagai bangsa dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Saudara Ezam, banyak isu yang dijelaskan termasuklah Isu yang membabitkan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, Isu enjin Kapal terbang, isu pembelian kapal selam, dan isu liwat yang membabitkan DSAI dengan Pembantu Khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Dalam masa yang terdekat ini, kami akan menguploadkan segala video yang disampaikan oleh Sdr. Ezam dan segala pembongkaran mengenai isu-isu yang disampaikan serta permohonan maafnya didalam ceramah yang beliau sampaikan.

1 comment:

  1. Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie sedang giat buat kerja dakwah dan mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut

    ReplyDelete