Saturday, October 3, 2009

Penamaan Calon : BN lawan Pas di Bagan Pinang




Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar.

Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid gagal mengemukakan borang sehingga tempoh pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

Sebelum itu borang pencalonannya di tolak kerana penyokong bukan dari kalangan penduduk tempatan Bagan Pinang.

Selepas tempoh bantahan tamat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan hanya Mohd. Isa dan Zulkifly akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

2 comments:

  1. UMNO boleh bangkit, tetapi ambil tugas Khalifah Allah di muka bumi ini.

    Jangan ikut jejak PAS yang telah memporak perandakan Agama.

    UMNO patut berjuang sendirian. Gabungan BN sudah tidak membantu UMNO.

    ReplyDelete
  2. Mungkin tak da orang agaknya di PD tu,jangan mudah lupa apa yang dilakukan oleh bekas MB NS tu, atau orang yang pilih tu dah kenyang agaknya,tolong jangan mempergunakan kesetiaan rakyat pada BN, nanti akan jadi macam Kedah..

    Orang Kg

    ReplyDelete