Sunday, November 15, 2009

UMNO Tak Gentar

UMNO tidak gentar dengan usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memburuk-buruk peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka dengan kritikan, namun biarlah ia membina dan bertanggungjawab.

“UMNO tidak gentar dengan ancaman itu dan belum mengetahui bentuk serangan yang akan dilakukan ke atas Perdana Menteri, namun kita bersedia untuk membalas balik sekiranya memerlukan.

“Namun, jika serangan ke atas Perdana Menteri hanya merupakan satu fitnah dan berbentuk peribadi, ini menunjukkan pembangkang di negara ini masih lagi tidak matang,” katanya mengulas usaha Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Rujukan Bersama : Klik..Klik

No comments:

Post a Comment