Monday, November 16, 2009

Mahkamah Istihar Kerusi DUN Kota Siputeh Kini Kosong


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah.

Tetapi samada berlaku pilihanraya kecil atau tidak itu terpulang kepada SPR untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

No comments:

Post a Comment