Sunday, September 6, 2009

Retak Menanti Belah.

'MB bodoh' dan 'Khalid Babi' serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pagi Sabtu dimana berlangsung sesi dialog Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.Kira-kira 300 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu.Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu' semasa Rodziah berucap.Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat.Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan. Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23. Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari. Khalid dalam sidang media di kediaman rasminya tengahari tadi, berkata kerajaan negeri membekukan sementara cadangan pemindahan kuil ke Sek 23 sehingga alternatif lain bagi menyelesaikan isu terbabit.

Sumber : Mykmujohor.com


Pindah kuil ke Seksyen 23 ditangguh - MB Selangor (Khalid Gagap)

Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk menangguhkan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di sini selepas penduduk di kawasan itu tetap berkeras membantah cadangan tersebut dalam sesi dialog yang diadakan pagi ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan satu lokasi lain yang lebih sesuai dan boleh diterima oleh semua pihak yang terlibat termasuk jawatan kuasa kuil dan semua penduduk dikenal pasti.

Beliau berkata, perkara ini (mencari lokasi baru) juga akan dilakukan dengan seberapa segera dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mengelakkan ia terus menjadi isu di kalangan penduduk.


2 comments:

  1. Tan Sri Khalid Ibrahim yang diejek gagap ini juga lah yang masih menyumbang tenaga sebagai board pengarah SIRIM, berjaya mengambil alih Kumpulan Guthrie dari penguasaan Britain, memacu perkembangan PNB, membantu kerajaan UMNO. Dah masuk pembangkang baru dipanggil dengan nama ejekan. inilah manusia yang tidak mengenang budi orang. kalau macam ini perangai kamu, jangan harap orang ramai yang semakin berpelajaran akan menyokong UMNO. Berangan lah!

    ReplyDelete
  2. Mitos 'hanya UMNO/BN boleh memerintah sudah berlalu'. UMNO/BN semakin disisihkan apabila semakin ramai rakyat yg.cerdik & berpelajaran, tidak seperti zaman datuk & bapak aku.

    ReplyDelete