Friday, September 4, 2009

AL-Fatihah - ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia

إنا لله وإنا إليه راجعون

ADUN Bagan Pinang, YB Azman Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah akibat sakit jantung di Seremban hari ini. Ekoran kematian allahyarham, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari. Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Satu lagi kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang DUN Linggi menerusi Datuk Ismail Taib.Kerusi Parlimen Teluk Kemang pula dimenangi calon PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, mengalahkan calon BN, S. Sothianathan.

No comments:

Post a Comment