Monday, September 7, 2009

Kerajaan Selangor Bakal Tumbang????

Gambar Pemimpin Pas Dijadikan Tempat Melepas Remaja Yang Marah Dengan Situasi Di Selangor


Adakah Nasib Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim akan turut tersungkur dan senasib dengan sahabatnya Dato' seri Nizar Jamaluddin, Bekas MB Perak yang gagal mentadbir negeri yang dimenangi dan menyaksikan ADUN dari Pakatan Rakyat Hilang kepercayaan kepada kepimpinan mereka.

Khabar-khabar angin mengatakan dalam masa terdekat akan berlaku proses perubahan kepimpinan terutamanya jawatan Menteri Besar yang majoriti Adun Pakatan Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagal menyelesaikan beberapa isu berbangkit dan mungkinkah DUN Selangor akan dibubarkan dengan Perkenan DYMM Baginda Sultan. Isu-isu yang yang melibatkan kepentingan kaum antaranya yang gagal diselesaikan kerajaan selangor antaranya:

(1) Isu wang Zakat yang ingin digunakan untuk kaum lain selain Kaum Islam.
(2) Isu pembinaan Kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang mendapat tentangan dari Kaum Melayu
(3) Isu penjualan arak yang semakin mudah diperolehi dan dijual ditempat-tempat yang tidak sepatutnya

Sumber dari blogger Pakatan pembangkang yang memetik pesanan ringkas berbunyi:

TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.

Mudah-mudahan Kerajaan Selangor akan tumbang sebagaimana yang terjadi Di Negeri Perak. Barisan Nasional akan kembali mentadbir dan menguasai Negeri Selangor

1 comment:

  1. kerajaan selangor takkan tumbang di tangan bn kerana Allah tahu mana yang hak mana yang batil
    UMNO PARTI YAHUDI!!!!

    ReplyDelete