Monday, January 18, 2010

Anuar Mat Jenin Nak Tawan Putrajaya 2011???

Nampaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berputus asa untuk "menawan Putrajaya" selepas hasrat menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 hanya tinggal impian. Kali ini, beliau meletakkan tahun 2011 pula untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya dengan alasan 'fahaman rakyat antara kaum telah berpecah' dalam memberikan sokongan kepada kerajaan.

"Fahaman rakyat antara kaum berpecah. (Tahun) 2008 rakyat bersatu, 2009 lebih padu, 2010 siap sedia, 2011 kita tawan Putrajaya," katanya semasa berucap menutup Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Restoran Tanjung di sini, hari ini.

Ketika ditanya pada sidang media kemudiannya sama ada beliau mempunyai "pelan tertentu" untuk mencapai sasaran tersebut, Penasihat PKR itu sebaliknya menjelaskan, beliau yakin pembangkang dapat membentuk kerajaan jika pilihan raya umum diadakan tahun depan.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik apabila membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, tidak di Semenanjung Malaysia.

"Nak guna nama Allah itu dia kira pilihan raya nak pilih siapa. Sebabnya di Sabah dan Sarawak ramai orang Kristian," katanya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah sama dengan Pas iaitu tidak menolak penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

"Kita tidak bercanggah dengan Pas, pendirian kita sama," katanya.

Penggunaan kalimah Allah jelasnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana ulama terkemuka seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, Dr. Sheikh Wahba Al-Zuhayli dari Syria dan Maulana Ihsan Hendricks dari Afrika menyatakan penganut bukan Islam telah menggunakannya sejak lebih 1,000 tahun lalu.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Blog 10 SI BUDAK HITAM diwujudkan atas dasar sayangkan KERAJAAN BARISAN NASIONAL amnya dan KERAJAAN UMNO khususnya, terutamanya di NEGERI TERCINTA INI, PERAK DARUL RIDZUAN. Kami juga dalam usaha untuk menggabungkan kesemua bloggers di Perak ini selari dengan saranan Menteri Besar Perak untuk melihat semua Bloggers bersatu dalam menyebarkan maklumat dan fakta yang sebenarnya.

    Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan memayungi serangan Pakatan Rakyat,10 SI BUDAK HITAM yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers UMNO di Malaysia ini agar dapat sama-sama kita bersepakat dalam memberikan informasi berkaitan politik Perak ini.

    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan blog kami,

    http://10sibudakhitam.blogspot.com/

    dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

    Menjadi FOLLOWERS di Blog 10SBH di http://10sibudakhitam.blogspot.com, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. hai 10 si budak hitam....akan ilang satu persatu...sehingga tinggallah seorang diri, tak lalu makan dan terus matii...

    cam lagu nenek haku...huhuhuuuu...

    ReplyDelete