






Watikah pemasyhuran Tuanku Ibrahim Ismail dibacakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Pemasyhuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakaman.
Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering. Sultan Iskandar meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke English College, yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar. Selepas itu, baginda melanjutkan pengajian ke Trinity Grammar School di Australia dan kemudiannya ke United Kingdom.
Apabila tamat pengajian pada 1956, baginda pulang ke Johor dan berkhidmat sebagai pegawai kadet dalam Perkhidmatan Awam Johor.
Baginda secara rasmi dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981. Pada 11 Mei 1981, baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor keempat selepas kemangkatan ayahanda baginda.
AL-FATIHAH
"Fahaman rakyat antara kaum berpecah. (Tahun) 2008 rakyat bersatu, 2009 lebih padu, 2010 siap sedia, 2011 kita tawan Putrajaya," katanya semasa berucap menutup Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Restoran Tanjung di sini, hari ini.
Ketika ditanya pada sidang media kemudiannya sama ada beliau mempunyai "pelan tertentu" untuk mencapai sasaran tersebut, Penasihat PKR itu sebaliknya menjelaskan, beliau yakin pembangkang dapat membentuk kerajaan jika pilihan raya umum diadakan tahun depan.
Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik apabila membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, tidak di Semenanjung Malaysia.
"Nak guna nama Allah itu dia kira pilihan raya nak pilih siapa. Sebabnya di Sabah dan Sarawak ramai orang Kristian," katanya.
Anwar turut menjelaskan bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah sama dengan Pas iaitu tidak menolak penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.
"Kita tidak bercanggah dengan Pas, pendirian kita sama," katanya.
Penggunaan kalimah Allah jelasnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana ulama terkemuka seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi, Dr. Sheikh Wahba Al-Zuhayli dari Syria dan Maulana Ihsan Hendricks dari Afrika menyatakan penganut bukan Islam telah menggunakannya sejak lebih 1,000 tahun lalu.
Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.
"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini,"
* Diharap Pihak Mahkamah Rayuan dengan segera meneliti semula keputusan Mahkamah Tinggi mengenai keputusan membenarkan Majalah Mingguan Katolik, Herald menggunakan Nama Allah dalam penerbitanya..