Monday, December 28, 2009

Tun Mahathir Sindir Majlis Peguam

Tulisan Tun Dr M secara sinis menyindir Majlis Peguam yang kecewa dengan tindakan Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi agar SPRM tidak menyiasat "suspek" selepas waktu bekerja.

Bekerja Selepas Waktu Bekerja

1. Seperti juga Majlis Peguam saya turut kecewa dengan tindakan Mahkamah Rayuan membatalkan arahan Mahkamah Tinggi agar SPRM tidak menyoal siasat suspek selepas waktu bekerja.

2. Kita wajar menghormati waktu bekerja. Penjenayah tidak sepatutnya melakukan jenayah diluar dari waktu bekerja. Semestinya polis juga tidak melakukan siasatan jenayah selepas waktu bekerja dan ahli bomba tidak memadamkan kebakaran diluar dari waktu bekerja.

3. Perkara yang sama juga terpakai ketika hari minggu dan dihari kelepasan am. Tiada soal siasat oleh SPRM, tiada usaha banteras jenayah dan tiada usaha memadamkan kebakaran semasa cuti minggu dan hari kelepasan am.

4. Bagaimana dengan politik dan ahli politik? Iya, mereka jug atidak wajar berpolitik diluar dari waktu bekerja.

5. Jika kita mempunyai lebih banyak hari cuti/kelepasan am, sudah tentu kadar jenayah akan berkurangan kerana penjenayah tidak bekerja diluar waktu bekerja.

Sumber: Chedet


No comments:

Post a Comment