Wednesday, December 2, 2009

TPM Merasmikan Stesen Janakuasa Tanjung Bin Power Plant





Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan aktiviti dan amalan gaya hidup mesra alam sekitar bagi menjadikan Malaysia Teknologi Hijau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan RM1.52 bilion Bajet 2010 bagi mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan industri teknologi hijau di negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Loji Janakuasa Tanjung Bin di Serkat dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Abdul Halim Ali.

No comments:

Post a Comment