Saturday, June 27, 2009

Ucapan Ketua PPU Cawangan Rimba Terjun

Assalamualaikum W.B.T.

Terlebih dahulu,saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kerana PPU Cawangan Rimba Terjun berjaya melancarkan laman blognya dengan secara rasmi

Tujuan penubuhan blog ini adalah seiring dengan kepesatan sains dan teknologi, saya rasa tidak ada salahnya kita mengambil peluang ini untuk menyebarkan maklumat dan info-info terkini mengenai keadaan politik semasa dikawasan masing-masing. Kita semua sedia maklum bahawa pihak pembangkang menyalah gunakan Blogger sebagai tempat untuk menghentam kepimpinan dalam negara,menyebarkan benih-benih fitnah yang merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan bertanggungjawab.

Pihak pembangkang sengaja mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan maklumat yang salah dan rata-rata pelayar Laman Blog adalah dari golongan muda yang merupakan bakal pelapis kepada kepimpinan pada masa akan datang. Inilah masa yang terbaik kita menarik kembali golongan ini umtuk membantu merapatkan kembali saf-saf kepimpinan dalam UMNO.

Berilah sokongan kepada kami agar kami dapat memperbaiki mutu penulisan & info-info dalam Blog ini. Saya juga berharap agar Pergerakan pemuda UMNO diseluruh negara mengambil inisiatif ini untuk mewujudkan Blog dikawasan masing-masing. Kami juga mengharapkan maklumbalas cadangan dari anda semua. Sebarang cadangan & maklumbalas, boleh terus emailkan kepada kami di pemudarimbaterjun@yahoo.com.my. Sekian Terima Kasih.

1 Malaysia
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

1 comment:

  1. salam,
    tidak akan ada siapa2 apatah lagi pihak pembangkang yg bulih mengambil kesempatan untuk membobrokan kedudukan umno, andai kepimpinan dari awal kampongan hingga lah sejauh kepimpinaan negara yg mana telah mendahulukan cogan kata yg sering dilaung-laungkan iaitu 1 Malaysia, sekiranya segala kerja semua bersih, amanah dan ikhlas hanya semata-mata demi memajukan dan meharmonikan kehidupan masyarakat setempat khususnya juga umat sejagat. dan yang paling penting ia adalah merupakan amanah dari rakyat malah dari ALLAH jua keatas siapa2 yang telah dipilih.
    bukan hanya seronok dengan jawatan, tapi tanggungjawab itu yang pasti dilaksanakan.

    bagaimana dengan pegawai2, ahli2 jawatan kuasa, pemuda2, pemudi2 umno rimba terjun ini?...
    telahkah terbasmi segala kemiskinan, keciciran dalam pelajaran, kehidupan janda2 yang kehilangan punca rezeki, warga2 tua dikawasan ini khususnya.

    atau hanya berkata, berdegar, tapi menikus bila berhadapan dengan stuasi begitu.

    sekiranya semua telah terbela, tapi masih juga ada yg mengambil kesempatan, barulah kita bulih menuduh pembangkang atau rakyat masyarakat punya angkara.

    tepuk lah dada tanyalah selera. wassalam.

    ReplyDelete