











Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53 Tahun 


Majlis Sumbangan Ramadhan Dan Berbuka Puasa Anjuran JA CLUB yang dinaungi oleh Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Majlis Sumbangan Ramadhan Dan Berbuka Puasa yang pada tahun ini masuk tahun ke 3 acara kemasyarakatan ini dianjurkan, bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.



UMNO Bahagian Tanjong Piai telah selamat bersidang pada 11Hb. Julai 2010 bertempat di Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian. Persidangan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Hadir sama pada Persidangan ini Ketua UMNO Datuk Osman Yusof, Timbalan Ketua UMNO Datuk Nasir Safar, Naib Ketua UMNO Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan, Ketua Pemuda,Wanita Dan Puteri UMNO Bhagian Tanjong Piai. Majlis berakhir jam 4.30 Petang.
Kami Warga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rimba Terjun ingin Merakamkan Ucapan Takziah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan diatas kembalinya Ayahandanya yang tercinta Allahyarham Tuan Haji Atan Bin Md. Taib Ke Rahmatullah pada 29/06/2010 kira-kira jam 2.30 pagi.


Karnival Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai yang diadakan baru-baru ini mendapat sokongan yang memberangsangkan dari penduduk Tanjong Piai khasnya dan Penduduk Pontian amnya. Majlis berlangsung kira-kira jam 8.30 Pagi dan Dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Mohd Osman Yusof.
Karnival Juara Rakyat Anjuran UMNO Bahagian Tanjong Piai bersama-sama Pengerusi Biro Belia & Sukan UMNO Bahagian Tanjong Piai, Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan , Gerakan Belia 4B Kawasan Tanjong Piai dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Pontian yang akan diadakan pada 27 Hb. Jun 2010 bertempat di IM Futsal Centre Pontian.Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Pagoh, Noriah Mahat.
1. P. Kamalanathan (BN): 24,997
2. Datuk Zaid Ibrahim (PKR): 23,272
Jumlah mengundi/Votes cast: 48,935
Peratus/Percentage: 75.87
Undi rosak/Spoilt votes: 731
Majoriti/Majority: 1,725
Undi pos/Postal votes: BN (767), PKR (120)
Barisan Nasional berjaya merampas kembali Parlimen Hulu Selangor
Tahniah pada jentera Pilihanraya dan Pengundi di Hulu Selangor
Gelombang Biru sudah bermula di seluruh Malaysia
Calon Barisan Nasional P Kamalanathan berjaya menewaskan Calon PKR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1815 undi. Keputusan rasmi akan diumumkan bila-bila masa. Tahniah BN.
Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok. Akibatnya, jalan raya menuju ke Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung yang menjadi lokasi ceramah sesak teruk sepanjang tiga kilometer kerana ‘diserang’ kira-kira 5,000 orang.
Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, pilihan raya itu akan menjadi detik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN). “Hanya parti yang ada gagasan, wawasan, dasar serta rekod pentadbiran sahaja yang mampu buat perubahan pada rakyat dan negara,” katanya.
Katanya, sistem tersebut tidak akan mendatangkan faedah kepada negara sebaliknya hanya akan menyebabkan parti-parti yang terlibat hanya menghabiskan masa berpolitik. ‘‘Apabila keadaan itu berlaku, ini akan menyebabkan tumpuan kepada usaha bagi membangunkan negara tidak akan dapat dilaksanakan. Ia akhirnya akan menyebabkan rakyat menderita,” katanya.
Bekas Perdana Menteri juga berkata, beliau memberi sokongan kepada Najib untuk terus menerajui negara ini ke arah kecemerlangan. ‘‘Saya hanya sokong orang yang boleh buat kerja, saya ini seorang yang susah menyokong orang, kalau dia boleh buat kerja saya sokong,”


Majlis Pelancaran JA CLUB telah disempurnakan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai yang juga Penaung JA CLUB, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan. Majlis bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan aktivito gotong royong membersihkan kawasan Surau Al- Hidayah Parit Jerman Pontian.
Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta. Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar. Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini, bakal menyaksikan pertarungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas. Selain calon BN, P. Kamalanathan,44 dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, 59, dua lagi calon yang disahkan layak untuk bertanding atas tiket Bebas ialah bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor, VS. Chandran, 56 dan seorang peniaga, Johan Md.Diah, 31.
Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Norhisham Ahmad Dahalan ketika mengumumkan perkara itu berkata, tiada bantahan dikemukakan sepanjang proses penamaan berlangsung yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.
Sebelum itu, Zaid merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan iaitu pada pukul 9.06 pagi, diikuti Kamalanathan pada pukul 9.30 pagi. Chandra pula menyerahkan borang itu pada pukul 9.34 pagi, sebelum diikuti oleh Johan kira-kira dua minit kemudian.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.
"Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,'' kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini.
Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia.
Ibrahim berkata, Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda sampai bila-bila dan perkara ini telah dipersetujui di Parlimen selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.
"Karpal tahu mengenai perkara ini kerana dia seorang peguam yang berpengalaman.
"Namun dia sengaja mengguris hati orang Melayu dan tidak pernah serik untuk melakukannya berulang kali,'' tegas Ibrahim lagi.
Beliau berkata, Karpal secara terang-terangan membawa agenda DAP yang mahu merosakkan kerangka Perlembagaan dalam usaha memperkenalkan dasar Middle Malaysia mereka.
"Esok Perkasa akan membuat laporan polis berkenaan hal ini untuk meminta dijalankan siasatan ke atas Karpal,'' katanya.
Seperti biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang. Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.
Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.
Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri. Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.
Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.
Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat. Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit. Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.
Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini? Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.
Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri. Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.
Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.
Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.
Sumber:Utusan Malaysia